Bentuk komunikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KOMUNIKASI[sunting | sunting sumber]

Penghuraian tentang pelbagai bentuk komunikasi telah banyak dibentangkan olehh sarjana dalam bidang ini.Salah satu penghuraian yang jelas dibentangkan oleh Zawiyah(2009).Memahami pelbagai bentuk dan tatacara yang berkesan dalam menghadapi bentuk komunikasi yang berbeza adalah penting bagi menwujudkan komunikasi yang baik dalam kehidupan individu.Hal ini seterusnya dapat membentuk budaya komunikasi yang sihat dalam komuniti serta menjadi tunjung kecemerlangan suatu masyarakat.Bagi menjalani komunikasi yang baik dengan orang lain perlulah sesorang itu memahami:

Komunikasi Intrapersonal[sunting | sunting sumber]

Apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain,seseorang itu dikatakan melakukan komnikasi intrapersonal.Komunikasi intrapersonal ialah fungsi psikologi untuk membentang,meneliti,mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat ,mesej atau pengalaman.Semua ini berlaku dalam fikiran individu.

Komunikasi Interpersonal[sunting | sunting sumber]

Dalam komunikasi interpersonal dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat

Komunikasi Berkumpulan[sunting | sunting sumber]

Komunikasi berkumpulan melbatkan lebih daripada dua individu.Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi di dalam suatu kumpulan besar.

Komunikasi Organisasi[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas ,berwibawa dan berpusat di bawah suatu permusatan kuasa yag lebih besar.Komunikasi di dalam sesebuah organisasi lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.

Komunikasi Awan[sunting | sunting sumber]

Komunikasi awan melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak.

Komunikasi Silang Budaya[sunting | sunting sumber]

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.