Biar Betul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Biar Betul
Biar betul 01.jpg
Pengarah Aziz M. Osman
Penerbit Ruhani Abdul Rahman
Pengarang Aziz M. Osman (cerita & lakon layar)
Lakonan Afdlin Shauki
Wahid Senario
Saiful Apek
Yassin Yahya
Syanie
Pengedar Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd
Nizarman Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Filem Biar Betul ini ditayangkan pada 16 Disember 2004 dan dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Wahid Senario, Saiful Apek, Yassin Yahya, dan Syanie. Genre filem ini ialah komedi berasaskan jenayah.

Sinopsis[sunting]


Kisah yang berlaku dalam masa sehari yang berlegar antara perompak dengan mangsanya. Tiga beradik (lakonan Afdlin, Wahid dan Syanie) terjebak dalam dunia rompakan kerana kesempitan hidup sejak kecil lagi. Pada hari yang sama ketika mereka bertiga sedang merancang sebuah rompakan, mereka bertembung dengan seorang penyeluk saku (Yassin) yang dikejar watak lakonan Saiful Apek. Dalam keadaan tidak sengaja Yassin dan Apek bertembung dengan Afdlin dan Wahid yang sedang melarikan diri. Bimbang ditangkap, mereka bertiga melarikan diri bersama-sama Yassin dan Apek ke hutan setelah menangkap mereka. Bermula dari pelarian itulah, pelbagai insiden menarik dan lucu berlaku.

Yassin dan Apek mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana pihak polis mengesyaki mereka terlibat sama dalam rompakan yang dilakukan oleh Wahid dan Afdlin. Dalam masa yang sama Apek jatuh cinta kepada Syanie.

Pelakon[sunting]

Filem ini amat istimewa kerana hanya menggunakan tujuh pelakon utama disamping pelakon-pelakon sampingan yang lain. Pelakon utamanya ialah:

  1. Afdlin Shauki
  2. Syanie
  3. Wahid (Senario)
  4. Saiful Apek
  5. Yassin
  6. Accapan
  7. Linda Onn

Pengarah[sunting]