Syanie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syanie
Kelahiran
Syaniza binti Hisham

(1974-05-07) 7 Mei 1974 (umur 49)
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1992–kini
Pasangan
  • Mohd Attimidi Abdul (k. 1996; c. 2002)
  • Nadi Putera (k. 2014; c. 2016)
  • Zahril Hafiz (k. 2021)

Syaniza "Syanie" Hisham (lahir 7 Mei 1974) merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi. Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan. Antara filem-filem lakonan beliau ialah XX Ray (1992), Senario The Movie (1999), MX3 (2003), Buli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bedah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.[2]

Syanie pernah merakamkan album solo bertajuk Kerananya pada 2005 namun gagal menerima pujian setelah dikeluarkan.[3][4]

Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syanie telah berkahwin sebanyak tiga kali dan tidak dikurniakan cahayamata. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercerai pada 2002. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014[6] dan memfailkan perceraian pada 2016.[7][8]

Syanie juga telah mengurangkan berat badan.[9] Di luar kerjaya lakonan, beliau juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.[10][11]

Pada 29 April 2020, beliau menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari yang mengambil masa hampir tujuh jam.[12][13]

Pada 20 Februari 2021, beliau mengambil keputusan untuk berumah tangga semula buat kali yang ketiga bersama Zahril Hafiz Mohammed Nor.[14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 XX Ray Aida Filem pertama
1999 Senario The Movie Petum
2000 Senario Lagi Zati
2001 Lagi-Lagi Senario Eton Penampilan khas
2003 Gila-Gila Pengantin Puan Rohani Marican
Laila Isabella Eton
MX3 Lolita
2004 Biar Betul Rosma
Cinta Luar Biasa Hamidah
2005 Salon
2006 Buli Balik Farah
Persona Non Grata Penjual Bunga
2008 Cuci
Apa Kata Hati? Ani
2009 The Wedding Game
Setem
2010 Senario Asam Garam Cik Devi
2011 Kembar Siang Mak Yam
Tolong Awek Aku Pontianak Fatimah
Papa I Love You Tuan Rumah
2012 Baik Giler Pegawai Keselamatan 1
2016 Lu Mafia Gua Gangster Pelanggan Restoran 2 Penampilan khas
2017 Kerja Kahwin
2022 Hantu Kuat Ketawa Aminah
Jaga-Jaga Senariounion Syanie
2023 Budak Flat Mak Pidah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 IQ Genius TV1
Sambal Benai TV3
Lontong Gayah
1998 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Episod: "Tentera Kerahan" (Bahagian 2)
2010 Gerak Khas (Musim 12) Shima TV2 Episod: "Suspek"
Dottie Astro Ria
2017 Jangan Ikut Aku Hantu Bigfoot TV3
Budak Usin Imah
2021 Single Terlalu Lama Pelakon undangan
Diari Seorang Suami Kak Esah
2022 Kuasa Kak Bah Astro Citra
Hantu Raya Pergi Perang Osmina Sooka
TBA Kuasa: One Special. Three Heirs. No More Mercy Kak Bah Astro Citra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 New Boyz The Telemovie VCD
2009 Ayam Goreng Comel Comel TV3
2010 Mee Janda Astro Prima
2012 Bedah Tong Gas TV9
Lemang Sebatang
Cinta Irama Klasik
2019 Nana Dan Jam Atok Kak Nani TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
1997 Pop Kuiz TV3
2009 The Biggest Loser Asia Diva Universal
2013 MasterChef Malaysia All Stars Astro Ria
2021 Ohsem!!! Awesome TV

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Kerananya (2005)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wawann Mohd (20 Julai 2017). Syanie tidak kisah dikata ‘demand’ Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (30 Julai 2018). "Syanie pasrah hilang tawaran berlakon". BH Online. Dicapai pada 30 Julai 2018.
  3. ^ Muzlina Abu Bakar (8 September 2004). "Syanie - Ceburi dunia nyanyian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  4. ^ Wanda Idris (6 Disember 2005). "Syanie jadi penyanyi lagu pop". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  5. ^ Syanie dan Dina sertai The Biggest Loser Asia, bermula 24 November Rotikaya (18 November 2009). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  6. ^ Pelakon komedi Syanie, sah bergelar suami isteri Harian Metro (28 Februari 2014). Dicapai pada 10 Mac 2014.
  7. ^ Khadijah Ibrahim (3 Mei 2016). Syanie dalam idah, cerai 23 Februari lalu Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  8. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (7 Julai 2017). "Syanie enggan mencari cinta lagi". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2017. Dicapai pada 7 Julai 2017.
  9. ^ Haryati Karim (6 Jun 2009). 2 tahun untuk Syanie kurus Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2018. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  10. ^ "Syanie cari rezeki luar bidang seni". Berita Harian Singapura. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  11. ^ Syanie: Tak perlu ungkit apa yang berlaku Perak Today (1 Mei 2016). Dicapai pada 10 Mac 2017.
  12. ^ Najiy Jefri (8 Mei 2020). Syanie dah buang ovari, rahim Harian Metro. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  13. ^ Zaidi Mohamad (8 Mei 2020). Tujuh jam bertarung nyawa Berita Harian. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  14. ^ Zulqarnain Abu Hassan (19 Februari 2021). "Syanie pilih Zahiril". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]