Pencemaran
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.[1]
[sunting] Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:
- Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
- Pencemaran air, seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.
- Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih.
- Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
- Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri.
- Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan
- Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.
- Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.[2]
Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia.
[sunting] Negara paling tercemar
Majalah Time telah menyenaraikan "10 bandar tercemar di dunia" seperti berikut:
- Linfen, China
- Tianjin, China
- Sukinda, India
- Vapi, India
- La Oroya, Peru
- Dzerzhinsk, Rusia
- Norilsk, Rusia
- Chernobyl, Ukraine
- Sumgayit, Azerbaijan
- Kabwe, Zambia