Blake Heron
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (August 2008) |
| Blake Heron | |
|---|---|
| Lahir | 11 Januari 1982 (31 tahun) Sherman Oaks, California, Amerika Syarikat |
| Tahun aktif | 1995 - present |
Blake Heron (11 Januari 1982) merupakan pelakon Amerika Syarikat.
Biografi [sunting]
Heron dilahirkan di Sherman Oaks, California. Selepas ibu bapanya bercerai, beliau bersama ibunya berpindah ke Atlanta, Georgia, dan ke New York, sebelum ke Burbank, California, dimana bermulanya kerjaya beliau sebagai pelakon.
Di usia 13 tahun, beliau muncul dalam sebuah filem Disney Tom and Huck (1995), siri Reality Check (1995) serta turut muncul di dalam beberapa drama TV seperti Trilogy of Terror II (1996). Nick Freno: Licensed Teacher (1996) merupakan peranan beliau terbesar di usia 14 tahun. Seterusnya pada tahun 1997, beliau terkenal menerusi watak sebagai Marty Preston menerusi filem Shiloh (1997).
Selepas tamat sekolah tinggi pada tahun 2000, Blake mula menumpukan watak sebagai lelaki dewasa dan bukan lagi watak kanak-kanak seperti sebelum ini. Peranan menerusi Cheaters (2000/1)(TV) dan Blast (2000). Beliau turut muncul di dalam siri TV popular seperti Boston Public (2000), Family Law (1999) dan Guardian, dan We Were Soldiers (2002).
Heron bermain gitar dan seorang kidal.