Bornholm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 55°07′30″N 14°55′00″E / 55.12500°U 14.91667°T / 55.12500; 14.91667

Peta lokasi Bornholm

Bornholm (IPA: [b̥ʌnˈhʌlˀm]; Norse Lama: Burgundaholmr, "pulau orang Burgundi") ialah sebuah pulau kecil milik Denmark yang terletak di Laut Baltik, di timur tanah besar Denmark. Seluruh wilayah pulau ini termasuk dalam sebuah kawasan perbandaran (kommune) bernama sama, Bornholm.

Industri utamanya perikanan, seni dan kraf. Pulau ini juga terkenal dengan percutiannya di kalangan pelancong Scandinavia dan Jerman. Banyak pelayar perahu layar datang ke sini di musim panas.

Bornholm, sebagai sebahagian daripada Denmark, ditawan Jerman agak awal dalam Perang Dunia Kedua. Di akhir perang, pulau ini dibebaskan oleh Tentera Merah Kesatuan Soviet, dan diduduki selama beberapa bulan sampai penyerahan Jerman. Pulau ini terbentang jauh di timur garis demarkasi antara blok Pihak Berikat di Eropah.