Bos (permainan video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Watak Sephiroth (daripada Final Fantasy VII) sebagai bos pilihan dalam judul Kingdom Hearts II, kini bersemuka dengan Sora.

Istilah boss (secara literal dalam bahasa Melayu: Bos) merujuk kepada suatu cabaran kepada sejenis musuh (yang berada di bawah kawalan komputer) yang ditemui dalam mana-mana judul permainan video.[1] Sebuah pertarungan dengan watak boss seringkali dirujuk sebagai boss battle atau pertarungan bos.[2] Pertarungan dengan sebuah boss seringkali berlaku pada klimaks sesebuah sesi permainan video, mungkin sekali di penghujung sebuah level ataupun menjadi halangan kepada sesuatu objektif, dan musuh boss ini seringkali diprogram lebih handal daripada mana-mana musuh yang bersemuka dengan para pemain sebelum pertarungan tersebut.[3]

Miniboss[sunting | sunting sumber]

Miniboss ataupun Bos mini, juga disebut sebagai midboss (boss separa jalan), merupakan bos yang lebih kecil dan seringkali diprogram lebih lemah daripada bos di penghujung sesuatu kawasan atau level. Di antara miniboss dalam sejarah permainan video termasuklah Dark Link (siri The Legend of Zelda, Vile (siri Mega Max X), Allen O'Neil (Metal Slug) dan Bowser Jr. (siri Mario). Kadang-kala miniboss ditemui semula sebagai sebahagian daripada tentera musuh biasa.

Superboss[sunting | sunting sumber]

Superboss ataupun Bos Hebat merupakan sejenis bos yang seringkali ditemui dalam judul-judul permainan video berperanan (RPG). Mereka dianggap musuh-musuh pilihan (misalnya, bos ini tidak memainkan peranan besar dalam plot sesebuah judul), meskipun bukan semua bos pilihan adalah superboss. Mereka seringkali lebih hebat dan sukar ditewaskan berbanding bos yang ditemui para pemain yang merupakan sebahagian daripada plot utama judulnya (seringkali mempunyai lebih nyawa dan statistik yang lebih tinggi berbanding bos lain termasuklah bos akhir). Superboss dianggap sebagai cabaran terunggul dalam mana-mana judul dan dianggap dapat memberi cabaran tinggi kepada para pemain. Antara superboss terkenal dalam sejarah permainan video muncul dalam siri Final Fantasy, termasuklah Ruby dan Emerald Weapons dalam Final Fantasy VII, Ultima Weapon dan Omega Weapon dalam Final Fantasy VIII Ozma dalam Final Fantasy IX, Penance dalam Final Fantasy X, Yiazmat dalam Final Fantasy XIII dan Vercingetorix dalam Final Fantasy XIII. Sephiroth, watak antagonis utama Final Fantasy VII muncul sebagai bos pilihan dalam Kingdom Hearts dan Kingdom Hearts II.

Sesetengah superboss boleh memberi barang-barang istimewa mahupun kemahiran baru yang tidak boleh ditemui dari cara lain, yang mampu memberi kelebihan kepada para pemain dalam perjalanan mereka sepanjang sesebuah judul tertentu, misalnya seperti mata pengalaman tambahan ataupun senjata yang hebat. Ultima Weapon dari Final Fantasy VIII merupakan contoh yang baik, di mana para pemain boleh menggunakan summon Eden daripada Ultima Weapon, yang merupakan unit seruan terhandal dalam judul tersebut. Summon tersebut mahupun pertarungan tersebut adalah tidak wajib untuk dilengkapkan sekiranya para pemain sekadar iengin mencapai penghujung plotnya, namun melengkapkan pertarungan tersebut lalu mendapat summon tersebut dapat memudahkan lagi permainan yang para pemain akan alami sepanjang permainannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Burt, Andy (2008-4). "No More Heroes: The Killer Boss Guide", GamePro jilid. 235., hlm. 66.
  2. Pertarungan Bos 5 Tertinggi. MSNBC. Diterima pada 25 Mac 2008.
  3. Thompson, Clive. (8 Mei 2006) Siapakah Boss? Wired. Diterima pada 22 Mac 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]