Kingdom Hearts (permainan video)
Rencana ini menerangkan maklumat mengenai permainan video Kingdom Hearts yang pertama. Untuk keseluruhan sirinya, rujuk Siri Kingdom Hearts.
| Kingdom Hearts | |
|---|---|
| Pembangun | Square |
| Penerbit | JP Square NA Square Electronic Arts/Disney Interactive PAL SCE Europe |
| Pereka | Shinji Hashimoto (penerbit permainan) Hironobu Sakaguchi (executive producer) Tetsuya Nomura (pengarah permainan, pereka watak, konsep) Jun Akiyama (pengarang senario) Daisuke Watanabe (pengarang senario) Kazushige Nojima (pengarang senario) Yoko Shimomura (penggubah muzik)[1] |
| Siri | Kingdom Hearts |
| Nisbah bidang | 480i (SDTV) |
| Pelantar | PlayStation 2 |
| Tarikh keluaran | JP 28 Mac 2002 NA 17 September 2002 EU 15 November 2002 AUS 22 November 2002 INT 26 Disember 2002—as Kingdom Hearts Final Mix |
| Genre | Permainan video berperanan, aksi |
| Mod | Seorang pemain |
| Penilaian | CERO: A ELSPA: 11+ ESRB: E OFLC: G8+ PEGI: 7+ USK: 6+ |
| Bahantara | 1 DVD-ROM |
| Kaedah input | DualShock 2 |
Kingdom Hearts (キングダムハーツ Kingudamu Hātsu?) ialah sejudul permainan video berperanan yang dimajukan dan diterbitkan oleh Squaresoft (kini Square Enix) pada tahun 2002 untuk dimainkan dengan konsol PlayStation 2[2], hasil usahasama antara Square dan The Walt Disney Company. Permainan ini menggabungkan watak-watak dan latar-latar dari filem cetera animasi Disney dan siri Final Fantasy yang dimajukan oleh Square. Kisahnya mengikuti kembara Sora, seorang pemuda yang terjebak dalam pertempuran hebat melawan kejahatan. Dia ditemani oleh Donald Duck dan Goofy, watak Disney klasik yang membantunya dalam perjalanan.
Kingdom Hearts berlainan daripada permainan video berperanan keluaran Square yang lain kerana lebih kepada unsur aksi-pengembaraan yang mendalam. Tambahan pula, permainan ini menampilkan barisan pelakon suara serba ternama yang merangkumi kebanyakan pelakon suara rasmi watak Disney.[3] Kingdom Hearts merupakan kali pertama Tetsuya Nomura yang selama ini bertugas sebagai pereka watak di Square ini menjadi pengarah.[4]
Permainan ini disanjungi ramai kerana gabungan aksi dan pemainan peranan yang luar biasa, serta gabungan Square dan Disney berharmoni di luar jangkaan.[5] Kingdom Hearts meraih berbagai-bagai anugerah permainan video akhir tahun serta mendominasi pasaran di musim perayaan 2002 lalu terus mencapai taraf Sony "Greatest Hits".[6] Semenjak keluar di pasaran, Kingdom Hearts telah menjual lebih 5.6 juta salinan di seluruh dunia serta disusuli dua sekuel.[7]
Rujukan [sunting]
- ↑ Square Co. (2002) (dalam Bahasa Inggeris). Kingdom Hearts Instruction Booklet. Square Co., Limited.
- ↑ "PlayStation 2 - Kingdom Hearts". PlayStation Underground. http://www.us.playstation.com/PS2/Games/Kingdom_Hearts. Capaian 2007-05-15.
- ↑ IGN Staff (2002-05-14). "Kingdom Hearts Voice Cast". IGN. http://ps2.ign.com/articles/359/359415p1.html. Capaian 2007-05-21.
- ↑ Dengeki PlayStation staff (2007-04-27). "Small New Nomura Interview". Dengeki PlayStation. http://www.kingdomhearts3.net/small-new-nomura-interview/. Capaian 2007-05-21.
- ↑ "GameSpot's Best and Worst of 2002". GameSpot. 2002. http://www.gamespot.com/gamespot/features/all/bestof2002/general13.html. Capaian 2007-05-13.
- ↑ GamePro Staff (2003-04-30). "Kingdom Hearts sold how many?!". GamePro. http://www.gamepro.com/news.cfm?article_id=27584. Capaian 2007-05-15.
- ↑ SquareSoft (2007-02-05). "Kingdom Hearts Series Ships over 10 Million Worldwide". GameSpot. http://www.gamespot.com/ps2/adventure/kingdomhearts/news.html?sid=6165399. Capaian 2007-05-13.
Pautan luar [sunting]
- Official Kingdom Hearts site
- Official international Kingdom Hearts site
- Kingdom Hearts (permainan video) di Pangkalan Data Filem Internet
- Kingdom Hearts (permainan video) di MobyGames
|
|||||||||||