Bosporus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 41°07′10″N 29°04′31″E / 41.11944°U 29.07528°T / 41.11944; 29.07528

Imej satelit Bosporus, dilihat dari ISS pada April 2004
Jambatan Bosphorus yang merentangi Selat Bosphorus

Bosporus atau Bosphorus (Bahasa Greek: Βόσπορος), juga dikenali sebagai Selat Istanbul (Bahasa Turki: İstanbul Boğazı), ialah sebuah selat yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah (Thrace) dan bahagian Asia (Anatolia), menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini memiliki garis panjang 30 km, dengan lebar maksimum 3,700 meter pada bahagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisarı dan Rumelihisarı. Kedalamannya berubah antara 36 sehingga 124 meter.

Tepian selat ini berpendudukan padat, salah satu bandarnya ialah Istanbul, ibu negara Turki.

Ada dua jambatan yang menyeberangi Selat Bosporus, yang pertama adalah Jambatan Bosporus memiliki kepanjangan 1,074 meter dan pembinaannya berakhir pada 1973. Yang kedua, Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan kepanjangan 1,090 meter dan diselesaikan pembinaannya pada 1988 dan ia terletak sekitar 5 km sebelah utara jambatan pertama.

Satu lagi lintasan, Marmaray, sebuah terowong kereta api sepanjang 13.7 km (8.5 bt) masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada 2012. Sekitar 1,400 meter dari terowong ini berada di bawah selat, dengan kedalaman sekitar 55 meter.