Brad Pitt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Brad Pitt
Brad Pitt at Incirlik2.jpg
Brad Pitt di Hospital Incirlik, Pangkalan Udara Incirlik.
Kelahiran William Bradley Pitt
18 Disember 1963
Tinggi 5' 11" (1.80 m)
Pasangan Jennifer Aniston (2000-2005)

William Brad Pitt (dilahirkan 18 Disember 1963) atau William Bradley Pitt merupakan seorang pelakon kacak yang terkenal di dunia. Malah pada tahun 2000 beliau telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki paling Seksi. Kini beliau sibuk dikaitkan dengan pelakon jelita iaitu Angelina Jolie.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Pitt dilahirkan pada 18 Disember, 1963, di Shawnee, Oklahoma. Bapanya adalah seorang pengurus syarikat trak, manakala ibunya bekerja sebagai kaunselor sekolah. Anak bongsu kepada tiga beradik, Pitt dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Kristian Baptis.

Sewaktu muda keluarganya telah berpindah ke sebelah utara AS iaitu di Springfield, Missouri. Selepas tamat persekolahan, dia telah mendaftar di University of Missouri, di mana dia belajar ilmu kewartawanan dan pengiklanan. Walaupun begitu, sewaktu di universiti dia mula berminat dengan berlakon. Belum sempat dia menjadi graduan, dia telah meninggalkan alam universiti dan berhijrah ke Hollywood.

Disebabkan bimbang dengan reaksi ibu bapanya, dia telah membohongi mereka dengan memberitahu bahawa dia ke Pasadena untuk melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design. Sewaktu di California, Pitt telah mengambil kelas lakonan dan mencari pendapatan melalui pelbagai cara seperti menjadi pemandu kereta, pelayan restoran, dan juga pernah memakai sut ayam besar untuk mempromosikan sebuah restoran disana.

Pembabitan sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Brad Pitt mula menceburi bidang lakonan pada tahun 80an dalam siri television popular iaitu Dallas. Manakala lakonan filem pertamanya ialah dalam filem seram remaja, "Cutting Class" (1989).

Popularitinya mula meningkat naik selepas lakonannya yang hebat sebagai seorang koboi dalam filem aksi "Thelma & Louise" pada tahun 1991. Beberapa tahun selepas itu iaitu pada 1995, dia digandingkan dengan pelakon terkenal Tom Cruise dalam filem seram "Interview with the Vampire". Tahun 1995 merupakan tahun yang penting bagi kerjaya Pitt sebagai pelakon filem yang serius kerana dia berlakon dalam filem pelbagai genre seperti "Legends of the Fall" dan "Se7en". Sewaktu dalam set penggambaran Se7en dia bertemu dan jatuh cinta dengan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Gwyneth Paltrow. Tetapi perhubungan mereka tidak berpanjangan dan pada 29 Julai 2000 Pitt mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin pelakon sitkom popular "Friends" iaitu Jennifer Aniston.

Selepas perkahwinan mereka, bintang Pitt terus bersinar manakala Jennifer pula berlakon dalam beberapa filem komedi. Walaupun kedua-dua pelakon ini kerap dianggap sebagai pasangan yang paling sesuai tetapi mereka tidak dianugerahi seorang cahaya mata. Pada pertengahan 2005, rumahtangga mereka kian retak apabila Pitt jatuh cinta pula dengan pelakon gandingannya dalam filem "Mr & Mrs Smith" iaitu Angelina Jolie.

Filemografi (pilihan)[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah

Pencalonan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]