Bronkitis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bronkitis
Pengelasan dan sumber luaran
Gambarajah bronkitis akut.
ICD-10 J20.-J21., J42.
ICD-9 466, 491, 490
P. Data Penyakit 29135
MedlinePlus 001087
eMedicine article/807035 article/297108
MeSH D001991
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Bronkitis merupakan keradangan pada membran mukus bronkus (salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru).[1][2][3] Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kronik.[1][2][3]

Bronkitis akut dicirikan dengan timbulnya batuk dengan atau tanpa penghasilan kahak. Bronkitis akut sering berlaku dalam penyakit bervirus yang akut seperti selesema atau influenza. Virus menyebabkan sekitar 90% kes bronkitis akut, sementara 10% yang selebihnya berpunca dari bakteria.[4][5]

Bronkitis kronik iaitu sejenis COPD bercirikan timbulnya batuk produktif yang berlarutan selama tiga tahun lebih setahun dalam setidak-tidaknya dua tahun. Bronkitis kronik lazimnya berlaku akibat kecederaan yang berulang-ulang pada salur udara yang disebabkan oleh bahan perengsa yang disedut masuk. Tabiat merokok ialah punca yang paling ketara, disusuli oleh keterdedahan kepada bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida atau nitrogen dioksida,[6] dan juga perengsa pernafasan di tempat kerja.[5][7] Sesiapa yang terdedah kepada asap rokok, perengsa paru-paru kimia, atau terjejas sistem imunnya mengalami lebih besar risiko menghidap bronkitis.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 National Lung, Heart, and Blood Institute (2012). "Chronic Bronchitis". National Institutes of Health. Diperoleh pada 27 December 2012. 
  2. 2.0 2.1 Mayo Clinic Staff (2011). "Bronchitis Definition". Mayo Clinic. Diperoleh pada 27 December 2012. 
  3. 3.0 3.1 "Understanding Chronic Bronchitis". American Lung Association. 2012. Diperoleh pada 30 December 2012. 
  4. Albert, RH (December 2010). "Diagnosis and treatment of acute bronchitis". American Family Physician 82 (11): 1345–1350. PMID 21121518. 
  5. 5.0 5.1 Cohen, Jonathan and William Powderly. Infectious Diseases. 2nd ed. Mosby (Elsevier), 2004. "Chapter 33: Bronchitis, Bronchiectasis, and Cystic Fibrosis"
  6. Kumar, Vinay; Abul K. Abbas, Nelson Fausto, Richard N. Mitchell (2007). Chapter 13. The Lung Robbins Basic Pathology (edisi ke-8th ed.). Philadelphia: Saunders Elsevier. ISBN 978-1-4160-2973-1. 
  7. Mayo Clinic Staff (2011). "Bronchitis: Causes". Mayo Clinic. Diperoleh pada 27 December 2012. 
  8. Mayo Clinic Staff (2011). "Bronchitis: Risk factors". Mayo Clinic. Diperoleh pada 27 December 2012.