Brussels

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Brussels
Bruxelles / Brussel
La Grand Place / Grote Markt
La Grand Place / Grote Markt
Flag of Brussels
Flag
Official seal of Brussels
Seal
Kedudukan Brussels di Belgium
Kedudukan Brussels di Belgium
Koordinat: 50°50′48.22″N 4°21′8.94″E / 50.8467278, 4.3524833
Negara Belgium
Wilayah Wilayah Ibu Negara Brussels
Diasaskan 979
Wilayah Ibu Negara Brussels diasaskan 18 Jun 1989
Kerajaan
 - Datuk bandar Freddy Thielemans
Kawasan
 - Wilayah 62.5 sq mi (162 km²)
Ketinggian Templat:Ftm
Kepadatan (2005)
 - Wilayah 1,024,492
 - Kepadatan Templat:Permi2km2
 - Metro 1,975,000
Zon masa CET (UTC+1)
 - Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Laman web: www.brussels.irisnet.be

Brussels (bahasa Perancis: Bruxelles, bahasa Belanda: Brussel, bahasa Jerman: Brüssel) merupakan ibu negara Belgium, serta ibu pejabat banyak institusi Kesatuan Eropah sehingga diberi gelaran "Ibu Kota Eropah". Bandarnya mempunyai penduduk seramai 1,024,492 manakala kawasan metropolitan mempunyai jumlah penduduk 2,100,000.

Brussels juga merupakan ibu pejabat NATO.

Brussels merupakan bandar dwibahasa. Bahasa Perancis dan bahasa Belanda merupakan bahasa rasmi di Wilayah Ibu Negara Brussels. Bandar ini mempunyai lebih daripada 100 muzium sebagai lambang kekayaan sejarahnya.

[sunting] Sejarah

Petempatan manusia di kawasan Brussels bermula pada 695. Biskop Saint-Gery dari Cambrai tinggal di sebuah chapel di kawasan itu. Pada abad ke-12, pekan kecil ini menjadi kota penting di jalan perdagangan antara Brugge dan Ghent dengan Cologne. Brussels juga menjadi pusat pemerintahan Duchy Brabant.

Pada 1695, Raja Louis XIV dari Perancis telah menyerang kota Brussels dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada binaan-binaan. Istana Coudenberg Brabant yang ternama di seluruh Eropah telah dimusnahkan oleh kebakaran pada 1731.

Revolusi Belgium yang berlaku di Brussels pada 1830 telah membebaskan kerajaan Belgium daripada Belanda. Leopold I menjadi raja pertama negara Belgium dan telah mengarahkan pembinaan semula prasarana bandar Brussels. Pada Perang Dunia Kedua, bandar ini telah dibom berkali-kali oleh tentera Jerman.

Wilayah Ibu Negara Brussels telah diasaskan pada 1989.

[sunting] Pautan Luar

Bangunan Parlimen Eropah
Bangunan Parlimen Eropah

Alatan peribadi