Louis XIV dari Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Louis XIV
Raja Perancis dan Navarre
Louis XIV of France.jpg
LOUIS XIV (1638-1715), Hyacinthe Rigaud (1701)
Pemerintahan 14 Mei 16431 September 1715
Nama penuh Louis-Dieudonné
Dikebumikan Gereja Santo Denis, Santo-Denis, Paris
Pendahulu Louis XIII, Raja Perancis
Putera Mahkota Louis de France, "le Grand Dauphin"
Pengganti Louis XV, Raja Perancis
Pasangan Maria Theresa dari Austria, Infanta Sepanyol, Permaisuri Perancis
Anakanda Louis de France
Marie-Anne de France
Marie-Therese de France
Philippe-Charles de France
Louis-François de France
Ayahanda Louis XIII, Raja Perancis
Bonda Anne dari Austria, Infanta Sepanyol, Permaisuri Perancis
Fail:Louis xiv 8 years old.jpg
Louis XIV pada masa kanak-kanak.
Pemerintahan Beraja Perancis
– Dinasti Capet
(Cabang Bourbon)

Henry IV
Adik perempuan
Catherine dari Navarre, Duchess Lorraine
Putera-puteri
Louis XIII
Elisabeth, Perancis Sepanyol
Christine Marie, Duchess Savoy
Nicholas Henry
Gaston, Duke Orléans
Henrietta Maria, Permaisuri England dan Scotland
Louis XIII
Putera-puteri
Louis XIV
Philippe, Duke Orleans
Louis XIV
Putera-puteri
Louis, Grand Dauphin
Marie-Anne
Marie-Therese
Philippe-Charles, Duc d'Anjou
Louis-Francois, Duc d'Anjou
Cucunda
Louis, Duke Burgundy
Raja Philip V dari Sepanyol
Charles, Duke Berry
Cicit
Louis, Duke Brittany
Louis XV
Louis XV
Putera-puteri
Louise-Elisabeth, Duchess Parma
Louis, Dauphin
Madame Marie Adelaide
Madame Victoire
Cucunda
Clotilde, Permaisuri Sardinia
Louis XVI
Louis XVIII
Charles X
Madame Elisabeth
Louis XVI
Putera-puteri
Marie-Therese-Charlotte, Duchess Angouleme
Louis-Joseph, Dauphin
Louis (XVII)
Sophie-Beatrix
Louis (XVII)
Louis XVIII
Charles X
Putera-puteri
Louis (XIX), Duke Angoulême
Charles, Duke Berry
Cicit
Henry (V), comte de Chambord
Louise, Duchess Parma

Louis XIV (bahasa Perancis: Louis-Dieudonné; 5 September 16381 September 1715) ialah Raja Perancis dan Navarre dari 14 Mei 1643 sehingga kemangkatannya sejurus sebelum hari keputeraan ke-77 baginda. Baginda naik takhta beberapa bulan sebelum hari keputeraan ke-5, tetapi tidak menguasai kerajaan sehingga kematian Perdana Menterinya ("premier ministre"), Jules Cardinal Mazarin, pada tahun 1661. Louis XIV, dikenali sebagai Raja Suria (bahasa Perancis: Le Roi Soleil), Louis Yang Agung (bahasa Perancis: Louis le Grand), atau dengan mudah sebagai Raja Agung (bahasa Perancis: Le Grand Monarque), memerintah Perancis selama 77 tahun — pemerintahan yang paling lama bagi mana-mana satu raja Perancis atau raja Eropah yang utama. Louis XIV menambah kuasa dan pengaruh Perancis di Eropah, dan bertempur dalam tiga perang utama — Perang Perancis-Belanda, Perang Liga Augsburg, dan Perang Pewarisan Sepanyol — serta dua pertempuran yang kurang penting — Perang Penurunan Kuasa, dan Perang Penyatuan Semula.

Di bawah pemerintahan Louis XIV, Perancis mencapai bukan sahaja kecemerlangan politik dan tentera, tetapi juga penguasaan kebudayaan dengan berbagai-bagai tokoh kebudayaan seperti Moliere, Jean Racine, Nicolas Boileau-Despreaux, Jean de La Fontaine, Jean-Baptiste Lully, Hyacinthe Rigaud, Charles Le Brun dan Andre Le Notre. Pencapaian-pencapaian kebudayaan ini menyumbang kepada prestij Perancis, serta rakyat, bahasa, dan rajanya. Salah satu daripada raja Perancis yang terutama, Louis XIV berjaya mencipta sebuah negara pemutlak serta terpusat, dan menjadi contoh tipikal untuk raja mutlak. Ungkapan "L'État, c'est moi" ("Betalah Negara") sering dikaitkan dengan baginda, walaupun ini dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai satu kesilapan sejarah dan lebih mungkin dibayangkan oleh penentang-penentang politiknya sebagai cara untuk mengesahkan pandangan sterotaip faham kemutlakan yang diperlambangkannya. Berbeza dengan petikan itu yang kebenarannya diragui, Louis XIV sebenarnya dilaporkan berkata ketika nazak: "Je m'en vais, mais l'État demeurera toujours." ("Beta berangkat, namun Negara tetap kekal").


Kehidupan awal, regensi, dan perang[sunting | sunting sumber]

Pada keputeraan Louis XIV di Château de Saint-Germain-en-Laye dalam tahun 1638, ibu bapanya, Louis XIII dari Perancis dan Anne dari Austria, yang tidak mempunyai anak selama 23 tahun, menganggap beliau sebagai anugerah Tuhan. Oleh itu, beliau dinamai "Louis-Dieudonné" ("Dieudonné" merupakan terjemahan Perancis bagi ungkapan Latin "Deodatus" yang bermaksud "yang diberikan Tuhan"); beliau juga diberikan gelaran premier fils de France ("Putera Pertama Perancis") serta gelaran yang lebih tradisional, Dauphin de Viennois.

Louis XIV merupakan keturunan kepada banyak kerabat diraja Eropah. Datuk nenek sebelah ayahnya ialah Henry IV dari Perancis dan Marie de' Medici yang masing-masing merupakan orang Perancis dan orang Itali, manakala datuk nenek sebelah ibunya adalah daripada kerabat diraja Habsburg: Philip III dari Sepanyol dan Margarita dari Austria. Dengan itu, Louis XIV boleh mengambil kira sebagai nenek moyongnya berbagai-bagai tokoh sejarah seperti:

Louis XIII dan Anne kemudian dikurniai putera yang kedua, Philippe d'Anjou (kemudian Philippe I, Duke Orleans) pada tahun 1640. Bagaimanapun, Louis XIII tidak mempercayai keupayaan isterinya untuk memerintah Perancis selepas kemangkatannya. Oleh itu, baginda mengeluarkan dekri bahawa sebuah majlis pemangku yang diketuai oleh Anne ditubuhkan untuk memerintah atas nama puteranya sebelum puteranya dewasa. Ini mengurangkan kuasa Bonda Ratu. Bagaimanapun, apabila Louis XIII mangkat dan putera yang mudanya, Louis XIV, naik takhta pada 4 Mei 1643, Anne memansuhkan wasiatnya melalui Parlement, menghapuskan majlis pemangku, dan menjadi Pemangku Raja yang tunggal. Anne mengamanahkan kuasa kepada ketua menterinya, Kardinal Mazarin. Disebabkan Kardinal Mazarin dilahirkan di Itali, beliau dipandang rendah oleh lingkungan politik Perancis, walaupun beliau telah menjadi warganegara Perancis.

Kardinal Mazarin meneruskan dasar pemusatan yang dilaksanakan oleh ketua menteri sebelumnya, Armand Jean du Plessis, Kardinal Richelieu, yang mencuba menambah kuasa raja dan mengurangkan kuasa golongan bangsawan. Pada tahun 1648, beliau cuba mengenakan cukai pada ahli-ahli Parlement, suatu mahkamah yang kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada orang bangsawan dan paderi berpangkat tinggi. Ahli-ahli Parlement bukan sahaja enggan patuh, tetapi juga mengarahkan bahawa semua watikah pengisytiharan kewangan yang awal dibakar. Apabila Kardinal Mazarin menahan beberapa ahli Parlement, rusuhan dan pemberontakan berlaku, mencetuskan perang saudara Perancis yang dikenali sebagai Fronde.

Sekumpulan perusuh Paris memecah masuk ke dalam istana dan mendesak untuk berjumpa dengan raja mereka. Apabila mereka dibawa ke bilik tidur diraja, mereka melihat Louis XIV yang telah berpura-pura tidur, dan beredar. Disebabkan oleh bahaya yang menghadapi keluarga diraja dan pemerintahan beraja, Anne melarikan diri dengan raja serta pengikut-pengikutnya. Tidak lama kemudian, Keamanan Westphalia dimeterai yang membenarkan angkatan tentera Perancis di bawah Louis II de Bourbon, Putera de Conde kembali untuk membantu Louis XIV. Pada Januari 1649, Putera de Conde mengepung Paris. Ini membawa kepada pemeteraian Keamanan Rueil yang kemudian mengakhirkan pertempuran buat sementara waktu.

Selepas Fronde pertama (Fronde Parlementaire) tamat, Fronde kedua yang merupakan pemberontakan putera-putera bermula pula pada tahun 1650. Ahli-ahli bangsawan yang terdiri daripada semua pangkat, termasuk:

menyertai pemberontakan terhadap pemerintahan raja. Golongan paderi diwakili oleh Jean Francois Paul de Gondi, Kardinal Retz. Kesudahan masa-masa yang gamat ini ketika Bonda Ratu dikatakan terpaksa menjual barang-barang kemas untuk menyara putera-puterinya, ialah seorang raja yang penuh dengan kesangsian terhadap golongan bangsawan dan kumpulan perusuh.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Perang dengan Sepanyol masih berterusan. Pihak Perancis menerima bantuan perang daripada England yang ketika itu diperintah oleh Lord Pelindung Oliver Cromwell. Pada tahun 1658, perikatan Inggeris-Perancis mencapai kemenangan dalam Perang Dunes. Perjanjian Pyrenees (1659) yang menyusul menetapkan Pyrenees sebagai sempadan antara Perancis dan Sepanyol. Menurut syarat-syarat perjanjian ini, Sepanyol menyerahkan berbagai-bagai provinsi dan bandar di Belanda Sepanyol serta Roussillon kepada Perancis, dan menandakan perubahan dalam imbangan kuasa, dengan kemerosotan Sepanyol dan kebangkitan Perancis.

Melalui perjanjian tersebut, Louis XIV kemudian berkahwin dengan Maria Theresa (Marie-Thérèse d'Autriche), puteri kepada Philip IV dari Sepanyol (16211665) pada 9 Jun 1660. Di bawah syarat-syarat kontrak perkahwinan, Maria Theresa bersetuju membayar hantaran kahwin yang besar sebanyak 50,000 écu emas melalui tiga ansuran dan sebagai balasan, Louis XIV bersetuju melepaskan semua tuntutan terhadap Pemerintahan Beraja Sepanyol dan wilayah-wilayahnya. Bagaimanapun, hantaran kahwin itu tidak dapat dilunaskan kerana Sepanyol muflis dan secara teori, menyebabkan pelepasan tersebut batal dan tak sah.

Marie-Therese dari Austria, Infanta Sepanyol dan Permaisuri Perancis

Selepas peperangan yang berpanjangan, perbendaharaan Perancis juga hampir muflis apabila Louis XIV mengambil alih penguasaan kerajaan selepas kematian Premier Ministrenya pada tahun 1661. Baginda melantik Jean-Baptiste Colbert sebagai Contrôleur-Général des Finances pada tahun 1665. Colbert mengurangkan hutang negara melalui pencukaian yang lebih cekap. Cukai-cukai utamanya termasuk aides, douane, gabelle (cukai garam), dan taille (cukai tanah); aides dan douanes merupakan duti kastam. Sedangkan Colbert tidak memansuhkan pengecualian cukai bersejarah yang diberikan kepada golongan-golongan bangsawan dan paderi, beliau berjaya memperbaik kaedah-kaedah untuk memungut cukai.

Colbert juga mempunyai rancangan-rancangan yang meluas untuk mengukuhkan Perancis melalui perdagangan dan perniagaan. Pentadbirannya mendekrikan industri-industri baru dan menggalakkan pengilang-pengilang dan pereka-pereka. Colbert juga membuat pembaikan kepada tentera laut, perkapalan perdagangan, lebuh raya dan laluan air. Oleh itu, beliau ditempatkan sebagai salah satu daripada bapa-bapa merkantilisme, aliran fikiran mengenai perdagangan dan ekonomi — sebenaranya, "merkantilisme" dipanggil Colbertisme di Perancis..

Louis XIV terbukti merupakan seorang yang amat boros, dan memperuntukkan banyak wang untuk membiayai kerajaannya. Baginda menjadi penaung seni, dan membiayai tokoh-tokoh kesusasteraan dan kebudayaan seperti Jean-Baptiste Poquelin (atau "Moliere"), Charles Le Brun, dan Jean-Baptiste Lully. Louix XIV juga merupakan penaung untuk Academie Francaise, dan menjadi "Pelindung"nya.

Louis XIV menitahkan pembinaan kompleks tentera yang dikenali sebagai Hotel des Invalides untuk memberikan perlindungan kepada pegawai-pegawai dan askar-askar yang telah berkhidmat dengan taat setia dalam angkatan tenteranya tetapi kini telah tidak berdaya, baik disebabkan oleh kecederaan mahupun disebabkan oleh usia. Walaupun kaedah-kaedah farmaseutik ketika itu masih tidak maju, Hotel des Invalides sering merintis rawatan-rawatan baru dan menetapkan piawai yang baru, berbanding dengan gaya rawatan hospis yang kasar pada zaman itu. Louis XIV menganggap pembinaan Hotel des Invalides sebagai salah satu pencapaian pemerintahannya yang teragung. Bersama-sama dengan Chateau de Versailles, kedua-dua ini merupakan salah satu daripada monumen Eropah yang terbesar serta termahal yang menyanjung raja serta negaranya. Baginda juga memperbaik Chateau du Louvre, serta banyak tempat kediaman diraja yang lain.

Putera-puteri yang sah[sunting | sunting sumber]


Nama Kelahiran Kematian
Louis de France, Fils de France, le Grand Dauphin 1 November 1661 14 April 1711
Marie-Anne de France, Fille de France 16 November 1664 26 Disember 1664
Marie-Therese de France, Fille de France 2 Januari 1667 1 Mac 1672
Philippe-Charles de France, Fils de France, Duc d'Anjou 5 Ogos 1668 10 Julai 1671
Louis-François de France, Fils de France, Duc d'Anjou 14 Jun 1672 4 November 1672


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Louis XIII
Raja Perancis
14 Mei 16431 September 1715
Diikuti oleh:
Louis XV