Budak Hostel Otaknya Sewel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Budak Hostel Otaknya Sewel
GenreDrama
Komedi
Remaja
Seram
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Budak Hostel Otaknya Sewel karya Hasrul Rizwan
Ditulis oleh
  • Nizam Zakaria
  • Fairul Nizam Ablah
  • Bainun Waheeda
  • Amar Amir
  • Ken Ridzuan
PengarahNorhanisham Muhamad (Labu)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pendar" - Tilu
Lagu penutup"Pendar" - Tilu
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Julai 2023 – 24 Ogos 2023
Kronologi
MengikutiChinta Wrong Direction
Diikuti olehOne Million Dollar Voice

Budak Hostel Otaknya Sewel ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Norhanisham Muhamad (Labu) dibintangi oleh Tuah Adzmi, Baihaqi Majid, Izz Ilham, Adam Eji, Azhan Rani, Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie, Wan Zarul, Aya Amiruddin. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 31 Julai 2023 menggantikan Chinta Wrong Direction.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan empat orang pelajar yang mempunyai  pertalian persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah asrama. Mat Piah, Cupin, Akhil dan Widad mengharungi kisah suka duka zaman remaja termasuk tekanan rakan sebaya, jatuh cinta serta kenakalan yang sering membuatkan mereka 'terkantoi' dengan pihak berkuasa di sekolah. Dengan setiap kisah serta cabaran yang ada, kekuatan persahabatan mereka pasti mengatasi segalanya.

Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.

Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Sementara itu, Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Danial dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, satu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Amim sebagai Adam
  • Wan Zarul sebagai Borhan
  • Lorenzo Irmann sebagai Zahid
  • Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek
  • Elyshia Abegail sebagai Dottie
  • Flora Haron sebagai Angah
  • Amsyar Aziz sebagai Munawir
  • Adzim Hariz sebagai Ghani Garpu
  • Antasya sebagai Munirah
  • Lisa Audrey sebagai Mona Ranggi
  • Ahmad Uwais Danial sebagai Mat Gorn
  • Munir Phyne Bellerz sebagai Pak Guard
  • Dzulkarnain Mohamed sebagai Tukang Kebun
  • Alexander Zulkarnain sebagai Cawan
  • Shri Ramar A/L Sam Rajan sebagai Pengawas 1
  • Harri A/L Sandra sebagai Pengawas 2

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]

Penampilan Istimewa[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]