Budaya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Senarai kandungan |
[sunting] Ciri-ciri Budaya
- Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
- Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
- Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.
[sunting] KEBUDAYAAN
KONSEP KEBUDAYAAN
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Edward B. Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.
"...kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."
Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia.
Keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
- Perkataan sanskrit = buddhayah
- Prof. Koentjraningrat --> Buddhi + dayah = budi dan akal
--> "...keseluruhan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar..."
> Culture - colere (latin) --> mengolah atau mengerjakan
> Kultur --> tani atau mengerjakan tanah
Kebudayaan: satu cara kehidupan
Budaya: daya dari budi yang berupa cipta dan rasa
Kebudayaan keseluruhannya: segala hasil daripada cipta dan rasa
Mengikut daripada, Ralph L. Beals dan Harry Hoijer; "...kelakuan yang biasa dipraktikkan melalui pembelajaran oleh kumpulan masyarakat"
Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski;
- Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat
- Kebudayaan sebagai sesuatu yang turun-temurun dari generasi ke satu generasi. (superorganik)
Pengertian Umum:
Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
Kebanyakan orang membuat pengertian kebudayaan yakni mengaitkannya dengan tarian dan muzik, makanan, serta fesyen pakaian sahaja.
Dari Perspektif Sosiologi
Kebudayaan membawa pengertian segala hasil idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat.
Termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.
Antara Ciri-Ciri Kebudayaan:
- Masyarakat pendukung kebudayaan
- Dinamik - perubahan pesat
- Diwarisi dari generasi ke generasi
- Perubahan dan kesinambungan
[sunting] Perkembangan Kebudayaan
- Budaya dinamik
- Budaya artifak - ciptaan manusia
- Budaya abstrak - kepercayaan, adat resam, undang-undang
[sunting] Perubahan Budaya
(Hirschman)
- Tekanan kerja
- Keberkesanan komunikasi
- Perubahan lingkungan alam
[sunting] Kebudayaan Kebangsaan Malaysia
1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau Asia Tenggara
2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima
3. Islam menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau Asia Tenggara
- merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi.
- merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan kegemilangan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa.
- persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya
Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima
- kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan
- unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Islam menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
- Agama Islam memberi panduan dalam mengimbang dan memandukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
"Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971"

