Pakaian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bayi yang memakai banyak pakaian musim sejuk.

Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.

Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan kekadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.

Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian. Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.