Buku lima
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku lima ialah sejenis senjata berbentuk penumbuk yang mempunyai mata berbucu dan digenggam di tangan. Buku lima mudah dibawa ke mana-mana kerana boleh disimpan di poket belakang. Senjata ini digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh secara tiba-tiba.
[sunting] Kesalahan
Di Malaysia, mereka yang menyalahgunakan buku lima dan mencederakan orang lain boleh didakwa mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.[1]
Di Kanada, buku lima dan senjata lain sepertinya disenaraikan sebagai senjata haram.[2]
[sunting] Rujukan
- ↑ Penghantar Surat Mengaku Cederakan Penganggur Guna Buku Lima Bernama
- ↑ Department of Justice Canada (1998-12-01). bab: “Part 3. Section 15.”, Regulations Prescribing Certain Firearms and other Weapons, Components and Parts of Weapons, Accessories, Cartridge Magazines, Ammunition and Projectiles as Prohibited or Restricted (SOR/98-462). URL dicapai pada 2009-05-29.