Bunga lawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bunga lawang
Bunga lawang (Illicium verum)
Pengelasan saintifik
Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Austrobaileyales
Famili: Illiciaceae
Genus: Illicium
Spesies: I. verum
Nama binomial
Illicium verum
Hook.f.

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk=pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.

Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.