Cengkih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cengkih
frames
Cengkih
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Myrtales
Famili: Myrtaceae
Genus: Syzygium
Spesies: S. aromaticum
Binomial: Syzygium aromaticum


Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm dan suhu 15° - 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.

Bunga cengkih boleh dituai ketika pokoknya tumbuh setinggi 8 meter lebih.

Penyakit[sunting | sunting sumber]

Pokok cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Bunga cengkih