Bureij

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kem Bureij
Transkripsi Arab
 • Arabمخيّم البريج
 • RumiBreij (rasmi)
al-Burayj (tidak rasmi)
Bantahan sempadan Gaza 2018, Bureij
Peta kem Bureij, dan dua kem berhampiran Nuseirat dan Maghazi
Peta kem Bureij, dan dua kem berhampiran Nuseirat dan Maghazi
Bureij is located in Bumi
Bureij
Bureij (Bumi)
Koordinat: 31°26′22.31″N 34°24′10.58″E / 31.4395306°N 34.4029389°E / 31.4395306; 34.4029389Koordinat: 31°26′22.31″N 34°24′10.58″E / 31.4395306°N 34.4029389°E / 31.4395306; 34.4029389
NegaraNegara Palestin
KegabenoranDeir al-Balah
Pentadbiran
 • JenisKem Pelarian (sejak 1949)
Keluasan
 • JumlahTemplat:Infobox settlement/dunam
Penduduk
 (2017)[1]
 • Jumlah43,515
 • Kepadatan87,000/km2 (230,000/batu persegi)
 Jumlah kependudukan termasuk kependudukan kem dan perbandaran Buriej.

Bureij (Arab: البريج) ialah sebuah kem pelarian Palestin yang terletak di tengah Genting Gaza, timur Jalan Salahuddin dalam Kegabenoran Deir al-Balah. Jumlah keluasan tanah kem ini ialah 529 dunam dan pada 2017, ia mempunyai penduduk seramai 28,024 dengan 28,770 pelarian berdaftar. Bancian Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS) 2017 menyenaraikan kependudukan seramai 15,491 di sekeliling perbandaran Bureij berasingan daripada penduduk kem.[2]

Kem ini ditubuhkan pada 1949 dengan kependudukan seramai 13,000 orang Palestin dari kawasan Gaza yang luas. Sekumpulan pelarian dengan peratusan kecil ditempatkan di berek tentera British tetapi kebanyakan mereka ditempatkan di khemah.[3] UNRWA telah membina penempatan konkrit pada 1950 bagi menggantikan khemah.

Kebanyakan pelarian hari ini, seperti mereka yang di kem-kem lain di Genting Gaza kini, menetap di bangunan yang padat penduduk. Kem ini tidak mempunyai sistem kumbahan dan kebanyakan sisa-sisa terkumpul di Wadi Gaza, sebuah jeram di utara kem, dan mengakibatkan masalah kesihatan yang besar. Kebanyakan air di kem ini datang dari syarikat air Israel.[4]

Bureij mempunyai enam sekolah rendah dan dua sekolah menengah dengan jumlah seramai 9,306 orang murid setakat pada akhir 2004. Semua sekolah dikendalikan oleh UNRWA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Preliminary Results of the Population, Housing and Establishments Census, 2017 (PDF). Palestinian Central Bureau of Statistics (PCBS) (Laporan). State of Palestine. February 2018. m/s. 64–82. Dicapai pada 2023-10-24.
  2. ^ Camp Profiles: Bureij Diarkibkan Jun 24, 2007, di Wayback Machine, UNWRA.
  3. ^ Morris, Benny, (second edition 2004 third printing 2006) The Birth Of The Palestinian Refugee Problem Revisited, Cambridge University Press, ISBN 0-521-00967-7 p 467
  4. ^ Dawn Chatty and Gillian Lewando Hundt (2005) Children of Palestine: Experiencing Forced Migration in the Middle East Berghahn Books, ISBN 1-84545-120-1 p 257