Byōsoku 5 Centimeter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Byōsoku 5 Centimeter
Byousoku5cm.jpg
秒速5センチメートル
Genre Drama
Anime
Byōsoku 5 Centimeter (5 Centimeters Per Second)
Pengarah Makoto Shinkai
Skrip/Penulis Makoto Shinkai
Lagu/Muzik Tenmon
Studio CoMix Wave Inc.
Dikeluarkan pada Jepun 3 Mac 2007
Korea Selatan 21 Jun 2007
Taiwan 31 Ogos 2007
Hong Kong 20 September 2007
Amerika Syarikat 2008

Byōsoku 5 Centimeter (Byōsoku Go Senchimētoru) merupakan sebuah filem animasi Jepun tahun 2007 oleh Makoto Shinkai. Filem ini tamat ditayangkan pada 22 Januari, 2007. Bahagian pertama filem ini telah dipaparkan di Yahoo! Japan seagai sebuah video paparan khas buat ahli-ahli Yahoo! Premium daripada 16 Februari hingga 19 Februari, 2007. Pada 3 Mac 2007, filem lengkapnya telah ditayangkan sebagai tayangan perdana di Cinema Rise di Shibuya, Tokyo. Filem tersebut terdiri daripada tiga episod atau bahagian: Ōkashō (桜花抄), Cosmonaut (コスモナウト), dan Byōsoku 5 Senchimētoru (秒速5センチメートル), dengan tempoh masa keseluruhannya selama sejam. Soundtrack filem ini dogubah oleh Tenmon, seperti filem-filemnya sebelum ini. DVD judul ini dikeluarkan pada 19 Julai, 2007 menurut laman web rasmi Makoto Shinkai.

Makoto Shinkai telah mengatakan bahawa, tidak seperti filem-filemnya sebelum ini, Byōsoku 5 Centimeter tidak mempunyai sebarang elemen fiksyen sains mahupun fantasi di dalam penceritaannya. Sebaliknya, filem ini akan cuba untuk mempamerkan dunia sebenar daripada perspektif yang berbeza. Filem Makoto ini memberi sebuah pandangan yang lebih realistik akan kepayahan yang dihadapi manusia, masa, ruang, dan cinta. Filem ini diberi nama yang diterjemah sebagai "5 Sentimeter Sesaat" di atas kelajuan kolopak bunga sakura yang jatuh ke muka bumi, di mana kelopak bunga merupakan representasi metaforikal manusia, mengimbas kembali kelembapan kehidupan dan bagaimana manusia yang memulakan kehidupan bersama akan beransur-ansur berpisah kepada kehidupan mereka sendiri.

Plot[sunting | sunting sumber]

Kisah judul ini berlatarkan Jepun, bermula daripada era 1990-an, di mana setiap segmen berlaku disekitar watak bernama Takaki Tōno.

Episod 1: Ōukashō[sunting | sunting sumber]

Ōkashō (Ekstrak Bunga Sakura): Apabila tamatnya persekolahan di sekolah rendah, Takaki Tōno dan rakan karibnya bernama Alkari Shinohara telah berpisah. Akari berpindah ke Tochigi kerana pekerjaan ibu bapanya, manakala Takaki memasuki sebuah sekolah rendah menengah di Tokyo. Mereka berdua saling membalas surat dan menghubungi masing-masing menerusinya, namun walaupun terdapat perasaan yang istimewa di antara mereka, hanya masa sahaja yang terus berlalu. Apabila Takaki menyedari bahawa keluarganya akan berpindah ke Kagoshima, dia berputus untuk berjumpa Akari kerana sesudah dirinya berpindah, jarak di antara mereka adalah terlalu jauh untuk mereka berjumpa. Namun, setibanya hari yang dinantikannya, sebuah ribut salji yang dasyhat telah melewatkan lawatannya, dan selepas beberapa jam barulah dia tiba di Iwafune, Tochigi, di mana mereka berjanji untuk berjumpa. Mereka berdua akhirnya berjumpa pada lewat malam hari yang sama, dan meluangkan malam itu bersama-sama. Sambil mereka berkongsi satu ciuman, Takaki sedar bahawa mereka berdua tidak akan dapat bersama kerana masa dan keadaan akan memisahkan mereka, secara beransur-ansur. Keesokan harinya, dia pulang menaiki kereta api, membawa sebuah perasaan pahit-manis bersamanya.

Episod 2: Cosmonaut[sunting | sunting sumber]

Takaki kini bersekolah di sebuah sekolah menengah di Tanegashima, di mana terletaknya Tanegashima Space Center. Kanae Sumita, seorang gadis yang juga merupakan rakan sekelas Takaki, memendam perasaan yang istimewa terhadap Takaki, namun dia tidak mempunyai semangat yang mencukupi untuk meluahkan perasaan cintanya. Dia kemudian saling memerhatikan Takaki yang seringkali termenung, seolah-olah mencari sesuatu yang berada jauh daripadanya. Walaupun dia mencintai Takaki, Kanae memahami behawa lelaki yang dicintainya itu sedang mencari sesuatu yang jauh lebih bermakna daripada apa yang dapat diberikannya.

Episod 3: Byōsoku 5 Centimeter[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, ketiga-tiga watak telah berpisah dan menjalani kehidupan masing-masing. Takaki kini merupakan seorang pengaturcara komputer di Tokyo, manakala Akari sedang bersedia untuk berkahwin. Takaki sedang berjalan-jalan dan terserempak dengan seorang wanita yang kelihatan seperti seseorang yang dikenalinya di sebuah lintasan landasan kereta api. Keliru dengan perjumpaan ini, dia cuba untuk berpaling belakang, namun sebuah kereta api muncul secara tiba-tiba dan menghalang pandangannya. Sambil dia mengimbas kembali sebab-sebab yang menyebabkannya berhenti bekerja, ditunjukkan bahawa kekasihnya selama 3 tahun (bukannya Kanae) telah berpisah dengannya.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

  • Takaki Tōno (遠野貴樹 Tōno Takaki?)

Suara oleh: Kenji Mizuhashi (Jepun), David Matranga (Inggeris)

Takaki merupakan protagonis filem ini. Seperti Akari, dia seringkali berpindah kerana pekerjaan ibu bapanya. Takaki dan Akari telah menjadi sahabat yang rapat, namun mula berpisah apabila Akari berpindah dan mereka akhirnya bersekolah di sekolah yang berbeza. Mereka sentiasa membalas surat antara satu sama lain sehingga Takaki mendapati bahawa dia harus berpindah ke Tanegashima. Mereka berdua berputus untuk berjumpa pada satu hari yang bersalji, mungkin sekali untuk kali yang terakhir. Di sekolah menengah, Takaki telah menyertai kelab kyūdō.
  • Akari Shinohara (篠原明里 Shinohara Akari?)

Suara oleh: Yoshimi Kondō (Bahagian pertama) dan Ayaka Onoue (Bahagian ketiga), (Jepun), Hilary Haag (Inggeris)

Rakan karib Takaki di sekolah rendah. Dia ingin menyertai sekolah rendah menengah yang sama bersama-sama Takaki, namun disebabkan pekerjaan ibu bapanya, dia terpaksa berpindah ke Tochigi selepas tamat persekolahannya. Buat tempoh masa yang singkat, Akari dan Takaki telah saling surat-menyurat antara satu sama lain.
  • Kanae Sumita (澄田花苗 Sumita Kanae?)

Suara oleh: Satomi Hanomura

Rakan sekelas Takaki di sekolah menengahnya. Dia telah jatuh cinta kepada Takaki sejak Takaki memasuki sekolahnya, namun gagal meluahkan perasaan yang dipendamnya. Kanae gemar meluncur dan menaiki sebuah morped ke sekolah. Dia tidak begitu pasti akan masa hadapannya. Kakaknya merupakan seorang guru di sekolah menengahnya.

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

DVD[sunting | sunting sumber]

Pakej DVD dikeluarkan pada 19 Julai, 2007 di Jepun, menurut laman web rasmi Makoto Shinkai.

Keluaran biasa[sunting | sunting sumber]

  • 5 Centimeters Per Second (63 Minit)
  • Temu ramah bersama Makoto Shinkai
  • Theatrical Trailer

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa suatu barisan yang panjang dapat dilihat di hadapan panggung wayang 2 jam sebelum tiketnya mula dijual.

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

  • "One more time, one more chance" (Satu lagi masa, satu lagi peluang)

Lagu ini juga merupakan lagu tema untuk sebuah filem Jepun berjudul Moon and Cabage. Sebab utama Makoto Shinkai memilih lagu yang popular ini adalah kerana dia ingin membangkitkan imej-imej kejadian setiap hari pada penonton, dan dengan memilih sebuah lagu yang "dikenali semua orang" akan dapat menambah realisme kepada filem tersebut.

Rujukan terhadap karya Shinkai yang lain[sunting | sunting sumber]

Di dalam sebuah babak dalam Episod 1, "Ōkashō", Akari dan Takaki terserempak dengan seekor kucing bernama Chobi dan berbincang mengenai seekor kucing lain bernama Mimi. Ini merupakan sebuah rujukan kepada watak-watak yang muncul di sebuah lagi karya Makoto Shinkai, berjudul She and Her Cat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]