Portal:Anime dan Manga
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
|
|
Selamat Datang ke Portal Anime dan Manga
سلامت داتڠ ك ڤورتال انيمي دان مانڬا |
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah itu "anime" dan "manga"?
|
|
|
|
Anime (アニメ, Anime?) ( dengar (bantuan·maklumat)) adalah animasi khas yang dihasilkan di Jepun. Perkataan Anime berasal daripada perkataan Inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membaca perkataan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" dari perkataan pinjaman tersebut, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Contohnya, perkataan Television menjadi Terebisyun dalam Bahasa Jepun dan dipendekkan ke Terebi sahaja. Perkataan "anime" tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga aksara Tulisan Katakana iaitu a, ni, me (アニメ).
Manga (漫画, Manga?) ( dengar (bantuan·maklumat)) merupakan perkataan komik dalam bahasa Jepun manakala di luar negara Jepun, perkataan tersebut digunakan khusus untuk merujuk kepada tentang komik Jepun. Perbezaan antara sebutan "manga' dan "komik" merupakan perbezaan berdasarkan tempat atau kelompok di mana manga lebih tertumpu kepada komik-komik Jepun (kadang-kala juga termasuk Asia) dan komik lebih kepada komik-komik buatan negara-negara Barat. Kebanyakkan mangaka (penulis manga) di Jepun menggunakan gaya sederhana dalam menggambar manga. Tetapi, hampir semua gambar latar belakang manga digambarkan secara realistik meskipun gambar perwatakkannya benar-benar sederhana.
|
|
|
sunting
Rencana pilihan
رنچان ڤيليهن
Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師, Hagane no Renkinjutsushi?) ("Ahli Alkimia Keluli"), (singkatan FMA atau Hagaren), merupakan siri manga hasil karya Hiromu Arakawa yang telah diadaptasikan kepada bentuk siri TV and filem anime, serta beberapa novel dan permainan video susulan. Manga FMA masih diterbitkan di Jepun, dan sehingga kini 15 jilid telah dikeluarkan. Namun bentuk animenya, sebaliknya, sudah tamat siaran setelah 51 episod serta sebuah filem susulan. FMA telah meraih sambutan amat hangat di Jepun, Asia dan Amerika Utara; animenya diundi sebagai anime #1 paling digemari sepanjang waktu di Jepun dalam undian web anjuran TV Asahi pada September 2005. Anime ini juga berjaya mempertahankan kedudukan #1 dalam undian terbaru pada tahun 2006.
Fullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang mencapai teknologi Eropah. Di dunia selari ini, pseudosains alkimia menjadi tumpuan utama, namun ia juga merangkumi unsur fantasi yang tidak didapati dalam alkimia sebenar. Ahli alkimia dunia sebenar cuba membentuk emas daripada logam lain yang kurang bermutu. Di dunia fiksyen siri ini, alkimia merupakan sains membentuk sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation) — berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alchemist Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris.
Topi yang dipakai oleh Hokage dalam anime Naruto.
(ukuran asli 500 × 650 piksel, 26 KB)
Rantarou Inadera (猪名寺乱太郎) merupakan watak utama dalam siri ini. Dia merupakan anak kepada ninja yang miskin dan kebanyakan dan berazam dengan memasuki Sekolah Ninja, dia akan menjadi ninja yang elit. Tetapi, walaupun telah berazam tekad, dia masih sambil lewa dengan lawaknya bersama rakannya Kirimaru dan Shinbei di dalam kelas, walaupun dia antara watak yang paling bertanggungjawab antara mereka bertiga. Penglihatannya tidak bagus tetapi langkah kakinya amat laju. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa keselamatan.
sunting
Rencana berkaitan
رنچان بركاءيتن
Berikut merupakan adalah rencana-rencana utama yang berkaitan dengan anime dan manga:
- ... bahawa tokoh Robert Haydn dalam anime The Law of Ueki dimana namanya diambil dari nama seorang sasterawan Robert Hayden yang semasa kecilnya selalu didera?
- ... bahawa manga Doraemon dicipta dan dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1969, mengandungi lebih daripada 1 300 cerita berbeza bagi setiap sirinya dan lebih daripada 1700 episod bagi animenya?
sunting
Senarai anime dan manga
سناراي انيمي دان مانݢا
|
Senarai
|
0-9
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z
|
|
Catatan: Judul komik dengan pautan berwarna merah mengindikasikan bahawa rencana tersebut komik bersangkutan belum dibuat.
Judul komik dengan tanda * sebenarnya merupakan komik Korea (manhwa).
|
sunting
ProjekWiki dan portal saudara
ڤروجيق ويكي دان ڤورتال ساودارا
Projek Wiki anime dan manga merupakan satu Projek Wiki bagi memperbaiki kualiti rencana atau artikel yang bertopik dan berkaitan dengan anime dan manga. Marilah kita bergabung jika anda ingin berkhidmat dalam rencana mengenai anime ataupun manga. Sebarang perbincangan dan pandangan boleh dikemukan di laman ini.
sunting
Projek Wikimedia
ڤروجيق ويكيميديا
|