COINTELPRO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

COINTELPRO (singkatan untuk Counter Intelligence Program; "Program Risik Balas") ialah serantaian projek menyamar, dan selalunya salah di sisi undang-undang,[1] yang dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dengan tujuan memantau, menyusup masuk, mencemarkan nama baik, dan mengganggu pertubuhan politik tempatan.

Antara taktik-taktik yang digunakan oleh COINTELPRO ialah mempersiasuikan sasarannya melalui perang psikologi, menanam laporan palsu dalam akhbar, memburuk-burukkan melalui surat palsu, gangguan, pemenjaraan salah, keganasan di luar batas undang-undang dan pembunuhan. Operasi penyamaran COINTELPRO ini berlaku selama tahun 1956 hingga 1971; namun demikian, FBI telah menggunakan operasi penyamaran untuk menentang kumpulan politik tempatan semenjak ditubuhkan lagi.[2] Dorongan tersurat FBI ketika itu adalah "melindungi keselamatan negara, mencegah keganasan, serta memastikan ketenteraman sosial dan politik yang sedia ada."[3]

Mengikut rekod FBI, 85% sumber COINTELPRO menyasar kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang dianggap oleh FBI sebagai "subversif,"[4] termasuklah pertubuhan komunis dan sosialis; pihak-pihak yang berkait rapat dengan pergerakan hak awam, termasuk Dr. Martin Luther King, Jr. dan lain-lain yang bersekutu dengan Persidangan Kepimpinan Kristian Selatan, Persatuan Kebangsaan untuk Kemajuan Kaum Kulit Hitam, Kongres Kesamarataan Ras dan lain-lain; kumpulan nasionalis kulit hitam; Gerakan Indian Amerika; sekelompok besar pertubuhan "Kiri Baru", termasuk Mahasiswa untuk Masyarakat Demokratik dan Weathermen; hampir semua pihak yang menentang Perang Vietnam, dan juga penunjuk perasaan jalanan yang tidak menganggotai sebarang pertubuhan; Persatuan Peguam Negara; pihak-pihak yang berkaitan dengan gerakan hak wanita; kelompok nasionalis seperti yang menuntut kemerdekaan untuk Puerto Rico, Ireland Bersatu, dan gerakan buangna Cuba termasuk Cuban Power oleh Orlando Bosch dan Gerakan Nasionalis Cuba; dan beberapa lagi tokoh terkenal Amerika seperti Albert Einstein (yang pernah menganggotai beberapa kumpulan hak awam[5]). 15% sumber COINTELPRO yang selebihnya diluaskan untuk meminggirkan dan menjatuhkan maruah "kumpulan kulit putih pembenci," termasuk Ku Klux Klan dan Parti Hak Negeri Kebangsaan.[6]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Church Committee Report: INTELLIGENCE ACTIVITIES AND THE RIGHTS OF AMERICANS, BOOK II FINAL REPORT Section A. VIOLATING AND IGNORING THE LAW,http://www.icdc.com/~paulwolf/cointelpro/churchfinalreportIIca.htm
  2. Churchill, Ward, and Jim Vander Wall, (1990), The COINTELPRO Papers: Documents from the FBI’s Secret Wars Against Domestic Dissent, Boston: South End Press, pp. xii, 303.
  3. COINTELPRO: The FBI's Covert Action Programs Against American Citizens, Final Report of the Senate Committee to Study Governmental Operations with respect to Intelligence Acti...
  4. Jeffreys-Jones, Rhodri. THE FBI, Yale University Press, 2008, p. 189
  5. Ken Gewertz (2007-04-12). "Albert Einstein, Civil Rights activist". Harvard University Gazette. Diarkibkan daripada asal pada 2007-05-29. Diperoleh pada 2007-06-11. 
  6. Various Church Committee reports reproduced online at ICDC:Final Report, 2A;Final Report,2Cb;Final Report, 3A;Final Report, 3G. Various COINTELPRO documents reproduced online at ICDC: CPUSA;SWP;Black Nationalist;White Hate;New Left; Rico.