Puerto Rico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Estado Libre Asociado
de Puerto Rico

Komanwel Puerto Rico
Moto: Bahasa Latin: Joannes Est Nomen Eius;
Bahasa Sepanyol: Juan es su nombre
Lagu: La Borinqueña
Ibu negara
dan bandar terbesar
San Juan
Bahasa rasmi Bahasa Sepanyol and Bahasa Inggeris
Kerajaan Komanwel
 -  Gabenor Aníbal Acevedo Vilá
Kemerdekaan Tiada (A.S. wilayah dengan status Komanwel
 -  Perairan (%) 1.6
Populasi
 -  Julai 2005 (anggaran) 3,912,055 (126)
 -  2005 (anggaran) 3,913,054
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $72.37 billion (68)
 -  Per kapita $18,500 (N/A)
Mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD)
Zon waktu AST (UTC-4)
 -  Musim panas (DST) Tiada DST (UTC-4)
Kod panggilan 1-787 dan +1-939
Internet TLD .pr; .us

Puerto Rico, secara rasmi digelar Komanwel Puerto Rico (Sepanyol: "Estado Libre Asociado de Puerto Rico"), ialah sebuah kepulauan yang terletak di Caribbean timur laut di antara Republik Dominican di sebelah timur dan Kepulauan Virgin di sebelah barat, hampir 1,280 batu (2,000 km) dari pinggir laut Florida (tanah besar Amerika Syarikat yang paling dekat). Kepulauan ini merangkumi pulau utama Puerto Rico (daratan yang paling kecil, tetapi yang ketiga terbesar dari segi jumlah penduduk Greater Antilles). Greater Antilles pula terdiri daripada Cuba, Hispanola, Jamaica, Puerto Rico dan sebilangan pulau yang lebih kecil, termasuk juga sebilangan kai, dengan yang paling besar merupakan Mona, Vieques, dan Culebra.

Penduduk-penduduk Puerto Rico kekadang merujuk kepada pulau mereka sebagai Borikén, atau kelainan Sepanyolnya, Borinquen, iaitu nama yang digunakan oleh orang asli Taíno. Boricua, istilah terkini, berasal daripada nama Taíno bagi pulau ini dan biasanya dipergunakan untuk memperkenalkan diri sebagai orang Puerto Rico. Status politik Puerto Rico ialah Komanwel Amerika Syarikat,[1] sebuah wilayah teratur tak diperbadankan, dengan status politik [2][3] yang "memperuntukkan pemerintahan sendiri terhadap hal ehwal dan pentadbiran dalam negeri, tertakluk kepada bahagian-bahagian Perlembagaan dan undang-undang Amerika Syarikat.[4] Rakyatnya adalah warganegara Amerika Syarikat. Puerto Rico mengamalkan bentuk kerajaan republik [1] dan tertakluk kepada bidang kuasa dan kedaulatan Amerika Syarikat.[5][6][2]

Sifat perhubungan politik Puerto Rico dengan Amerika Syarikat kini merupakan tajuk perdebatan yang sedang berlangsung di Kongres Amerika Syarikat serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7][8] Menurut laporan Pasukan Petugas,[9] Puerto Rico ialah wilayah teratur tak diperbadankan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, tertakluk kepada kuasa-kuasa perhimpunan pleno Kongres Amerika Syarikat dan dengan hak untuk mengasaskan sebuah perlembagaan untuk pentadbiran kerajaan dalam negeri serta perkara-perkara yang benar-benar bersifat tempatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Perlembagaan Komanwel Puerto Rico, Artikel I, Bahagian 2
  2. 2.0 2.1 Puerto Rico dan Amerika Syarikat - Puerto Rico Mendapatkan Lebih Banyak Autonomi
  3. TAKRIF-TAKRIF PERTUBUHAN POLITIK KAWASAN PULAUAN
  4. Kod Amerika Syarikat TAJUK 48 - WILAYAH DAN MILIKAN PULAUAN, Bahagian 734. Sila lihat Memorandum Presiden Amerika Syarikat, 30 November 1992, 57 F.R. 57093
  5. Pentadbiran Hal-ehwal Persekutuan Puerto Rico (PRFAA)
  6. Jabatan Negara Amerika Syarikat. Wilayah-wilayah tanggungan dan Kawasan-kawasan Kedaulatan Khas
  7. Keith Bea (25 Mei 2005). "Status Politik Puerto Rico: Latar Belakang, Pilihan, dan Persoalan dalam Kongres Ke-109.". Perkhidmatan Penyelidikan Kongres. Diperoleh pada 2007-10-01. 
  8. Jabatan Maklumat Awam, Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (13 Jun 2006). Jawatankuasa Khas Untuk Penyahjajahan meluluskan teks yang menyuruh Amerika Syarikat untuk mempercepat proses penentuan diri. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2007-10-01.
  9. "Lampiran A untuk Dokumen-dokumen Presiden". Disember 2005. Diperoleh pada 2007-10-01. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Puerto Rico

Profil negara

Direktori, berita, dan pelancongan

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Puerto Rico.

Perisyitharan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Puerto Rico

Gambar foto

Koordinat: 18.23° U -66° T

Templat:Puerto Rico

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Grenadines
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique

Templat:Countries and territories of Middle America