Biro Penyiasatan Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 38°53′40″N 77°01′28″W / 38.894465°U 77.024503°B / 38.894465; -77.024503

Logo FBI

Federal Bureau of Investigation (Biro Penyiasatan Persekutuan) atau lebih dikenali sebagai FBI merupakan badan penyiasatan utama bagi Jabatan Kehakiman AS (DOJ). Buat masa ini, FBI mempunyai bidangkuasa yang amat luas iaitu berkuasa menyiasat lebih 200 kategori jenayah persekutuan di Amerika Syarikat.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Motto[sunting | sunting sumber]

Motto FBI ialah "Kesetiaan, Keberanian dan Integriti."

Misi[sunting | sunting sumber]

Misi FBI ialah untuk melindungi dan mempertahankan Amerika Syarikat daripada ancaman pengganas dan risikan negara asing, untuk menegakkan dan menguatkuasakan undang-undang jenayah AS, dan menjadi pemimpinan dan menegakkan sistem perundangan jenayah di peringkat persekutuan, negeri, munisipal, dan agensi antarabangsa.

Nilai Tunggak[sunting | sunting sumber]

Pihak FBI akan mengikuti nilai-nilai bersama seperti dibawah:

  • Menurut peraturan undang-undang rule of law dan hak asasi yang telah diberi kepada semua rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan AS;
  • Integriti melalui gelagat etika seharian;
  • Bertanggungjawab keatas setiap tindakan atau keputusan dan juga akibat dari tindakan dan keputusan yang diambil oleh mereka;
  • Keadilan dalam berurusan dengan orangramai; dan
  • Kepimpinan melalui tauladan, sewaktu bekerja dan di komuniti sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FBI diasaskan daripada sepasukan Ejen Khas atau Special Agents yang ditubuhkan pada 26 Julai, 1908, oleh Peguam Negara Charles Joseph Bonaparte sewaktu pentadbiran Presiden Theodore Roosevelt. Pada mulanya ia dinamakan Biro Penyiasatan Bureau of Investigation (BOI) dan ia berubah kepada FBI hanya pada tahun 1935.

Bangunan J. Edgar Hoover, ibupejabat FBI di Washington DC

Di bawah J. Edgar Hoover, yang pernah menjadi Pengarah Biro pada 10 Mei, 1924, agensi ini banyak melibatkan tenaganya dalam menyiasat aktivis politik yang tidak terlibat dalam jenayah seperti Albert Einstein iaitu seorang sosialis yang berasal dari Jerman.

Makmal Penyiasatan Sains FBI (atau lebih dikenali dengan nama FBI Crime Lab) telah dibuka secara rasminya pada 24 November, 1932.

Sewaktu era 30an, agensi ini memainkan peranan utama memberkas sebilangan penjenayah terkenal yang terlibat dalam aktiviti seperti penculikan, rompakan serta pembunuhan. Ini termasuklah John Dillinger, "Baby Face" Nelson, Kate "Ma" Barker, Alvin Karpis dan George "Machine Gun" Kelly. Agensi ini juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan skop dan pengaruh kumpulan Ku Klux Klan. Disamping itu pada tahun 20an, melalui usaha Edwin Atherton, pihak FBI telah berjaya menahan kesemua tentera pemberontak Mexico di sepanjang sempadan California.

Walaupun mereka berusaha untuk membendung Ku Klux Klan iaitu suatu gerakan yang menentang kaum kulit hitam, ini tidaklah bermakna mereka menyokong hak asasi kulit hitam. Agensi ini akan menyiasat dan menumpas sebarang organisasi politik yang dianggap militan termasuk juga gerakan yang aman non-violent movements. Martin Luther King, Jr. misalnya adalah dianggap seorang yang tidak ganas dan berjuang untuk hak asasi manusia. Namun beliau juga telah dijadikan sasaran FBI. Pihak FBI telah gagal mencari bukti bahawa beliau pernah terlibat dalam jenayah, tetapi cuba menggunakan rakaman tapes aktiviti seksualnya sebagai blackmail. Dalam memoir 1991, wartawan Washington Post Carl Rowan mendakwa pihak FBI pernah menghantar suatu srat layang kepada King menggalakkannya untuk membunuh diri. Selain King, FBI didakwa terlibat dengan pembunuhan seorang lagi aktivis kulit hitam terkenal iaitu Malcolm X.

Bermula tahun 1940an sehinggalah 1970an, agensi ini telah menyiasat beberapa kes perisikan terhadap Amerika Syarikat dan konconya. Lapan agen Nazi yang merancang operasi sabotaj ke atas sasaran Amerika telah ditangkap oleh FBI.

Walaupun Hoover pada awalnya tidak percaya dengan kewujudan jaringan jenayah terancang di AS, biro ini telah melaksanakan beberapa operasi untuk menjatuhkan sindiket jenayah ini, termasukkan geng yang diketuai Sam Giancana dan John Gotti.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Pengarah[sunting | sunting sumber]

FBI adalah diterajui oleh seorang Pengarah atau Director yang dilantik oleh Presiden dan disahkan oleh Senat. Pada 15 Oktober, 1976, sebagai reaksi kepada J. Edgar Hoover yang telah menjadi pengarah selama penggal 48 tahun, Kongres meluluskan Public Law 94-503, yang menghadkan penggal setiap Director FBI selama hanya 10 tahun.

Buat masa ini Pengarah FBI ialah Robert S. Mueller, III, yang telah disahkan oleh Senat sebagai Pengarah FBI pada 2 Ogos, 2001.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Ibubejabat FBI ialah di Washington DC dan cawangannya terdapat dimerata Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Setiap Pejabat Field Office adalah diketuai oleh seorang Ejen Khas Special Agent in Charge (SAC), kecuali cawangan-cawangan di Los Angeles, Bandar raya New York, dan Washington, D.C. Oleh kerana saiznya yang besar, pejabat-pejabat ini adalah diurus oleh seorang Penolong Pengarah Assistant Director in Charge (ADIC) yang dibantu oleh beberapa SAC yang bertanggungjawab keatas program-program tertentu.

Lokasi Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Disamping itu, FBI mempunyai 45 pejabat yang dipanggil Legal Attachés atau "Legats" dimerata dunia. Legats dianggap sebagai pertahanan barisan pertama bagi menjaga kepentingan Amerika Syarikat di negara asing. Tujuan utamanya ialah untuk membendung jenayah antarabangsa supaya ia tidak sampai ke tanah Amerika Syarikat dan menyelesaikannya secepat mungkin.

Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap Legat bekerjasama dengan penguatkuasa tempatan negara masing-masing serta mengkordinasikan penyiasatan demi kepentingan kedua-dua negara. Keseluruhan operasi program Legat antarabangsa adalah dipantau oleh SAC dari ibupejabat FBI di Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]