Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill (Jepun: とんでもスキルで異世界放浪メシ, Hepburn: Tondemo Sukiru de Isekai Hōrō Meshi) merupakan sebuah novel ringan bersiri Jepun yang ditulis oleh Ren Eguchi. Siri ini berasal dari laman sesawang Shōsetsuka ni Narō pada Januari 2016, sebelum ia diterbitkan secarabercetak dengan ilustrasi oleh Masa bermula pada November 2016 di bawah pencetakan Overlap Novels. Sehingga Disember 2022, 13 buah jilid telah dikeluarkan.

Adaptasi manga, yang diilustrasi oleh Akagishi K, mula bersiri di laman web Comic Gardo pada Mac 2017. Sehingga Disember 2022, bab individu manga telah dikumpulkan kepada sembilan jilid. Sebuah spin-off manga, yang diilustrasi oleh Momo Futaba, mula bersiri di tapak web yang sama pada Ogos 2018. Sehingga Disember 2022, bab individu spin-off telah dikumpulkan kepada tujuh jilid. Siri televisyen anime adaptasi oleh MAPPA disiarkan dari Januari hingga Mac 2023.

Plot[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan empat orang warga Jepun, yang terdiri daripada tiga pelajar sekolah menengah dan seorang dewasa, telah ditarik secara ajaib ke dunia fantasi oleh Kerajaan Reijseger, yang meminta mereka untuk membantu dalam peperangan melawan kaum demon. Hasilnya, ketiga-tiga pelajar itu kelihatan mempunyai beberapa kebolehan ajaib yang kuat dan diterima sebagai "Wira". Bagaimanapun, orang lelaki dewasa itu bernama Tsuyoshi Mukouda (aka "Mukohda"), didapati hanya mempunyai kuasa "Pasar Raya Dalam Talian". Curiga dengan niat sebenar kerajaan, dia meyakinkan para bangsawan kemampuannya tidak berguna, membenarkan dia pergi dan menjalani kehidupan yang sederhana di dunia baharu. Bereksperimen dengan kemahiran Pasar Raya Dalam Talian, dia mendapati dia boleh memesan makanan dan produk lain dari Jepun dengan serta-merta. Semasa pengembaraannya, dia bertemu dengan seekor binatang legenda yang dikenali sebagai " Fenrir ", yang meminta Mukohda memberinya makan. Selepas banyak hidangan, Fenrir atau dikenali sebagai Fel, menyukai masakan Mukohda dan memaksanya untuk menerima perjanjian dengannya . Semasa Mukohda meneruskan perjalanannya, dia bertemu dengan raksasa lain, serta dewi-dewi, yang memberinya perjanjian dan pelindungan bagi mendapatkan makanan dan barangan dunia lain dari Mukohda.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Tsuyoshi Mukouda (Jepun: 向田剛志, Hepburn: Mukōda Tsuyoshi) / Mukohda (Jepun: ムコーダ, Hepburn: Mukōda)
Disuarakan oleh: Yoshimasa Hosoya[1] (drama CD), Yuma Uchida[2] (anime)
Lelaki dewasa berusia 27 tahun yang mempunyai kemahiran memasak dan telah ditarik masuk ke dunia lain. Tsuyoshi memperkenalkan dirinya sebagai "Mukohda" di dunia baharu. Kebolehannya adalah "Pasar Raya dalam Talian" yang membenarkan dia membeli barangan Jepun dan dihantar cepat ke dunia baharu. Dia juga menjadi tuan kepada binatang legenda " Fenrir ".
Fel (Jepun: フェル, Hepburn: Feru)
Disuarakan oleh: Tomokazu Sugita[1] (drama CD), Satoshi Hino[2] (anime)
Seekor Fenrir dan pendamping Mukohda. Ia merupakan binatang legenda yang menyerupai serigala yang telah hidup beratus tahun. Ia memiliki kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan kebanyakan raksasa. Ia sangat menyukai daging.
Sui (Jepun: スイ)
Disuarakan oleh: Misaki Kuno[1] (drama CD), Hina Kino[2] (anime)
Lelendir yang menjadi pendamping kedua Mukohda. Ditemui sejak bayi, Sui berkembang sepanjang siri ini dengan menimba pengalaman melalui pertempuran dan makan sampah daripada pembelian Pasar Raya Dalam Talian Mukohda. Walaupun secara umumnya, lelendir dianggap lemah, namun Sui berbeza. Ia mampu mencairkan musuh dengan peluru asid, serta mencipta ramuan dan senjata. Berperwatakan seperti kanak-kanak, ia menikmati pencuci mulut dan tidak menyukai makanan pedas.
Dora-chan (Jepun: ドラちゃん)
Disuarakan oleh: Hiro Shimono (drama CD)
Seekor naga pixie dan pendamping ketiga Mukohda. Ia sangat kecil, tetapi mempunyai sifat gagah dan sombong. Ia mampu terbang pada kelajuan yang melampau dan memegang sejumlah besar kuasa ajaib. Walaupun menjadi seekor naga dewasa, ia telah dinamakan dengan gelaran -chan oleh Mukohda kerana saiz dan kecomelannya, yang amat mengecewakan Dora. Makanan kegemarannya ialah puding Jepun.
Old Man Gon (Jepun: ゴン爺, Hepburn: Gonjii)
Naga purba dan pendamping keempat (dan sementara) Mukohda. Setelah hidup selama beberapa milenium, ia adalah saingan lama Fel dan salah satu daripada beberapa makhluk yang mampu melawannya. Gon serupa dengan Fel dalam sifat rakus, angkuh, dan degil, menyebabkan kedua-duanya sering bertekak. Sama seperti Dora, ia diberi nama yang memalukan oleh Mukohda. Tingginya kira-kira dua puluh tingkat, tetapi boleh mengecil sesuka hati.

Media[sunting | sunting sumber]

Novel ringan[sunting | sunting sumber]

Ditulis oleh Ren Eguchi, siri ini mula diterbitkan di laman web penyiaran novel Shōsetsuka ni Narō pada 5 Januari 2016. [3] Siri ini kemudiannya diperoleh oleh Overlap, yang mula menerbitkan siri dengan ilustrasi oleh Masa pada 25 November 2016 di bawah cetakan Novel Overlap mereka. Sehingga Disember 2022, tiga belas jilid telah dikeluarkan.

Pada Mac 2019, J-Novel Club mengumumkan bahawa mereka melesenkan novel ringan untuk penerbitan bahasa Inggeris. [4]

Manga[sunting | sunting sumber]

Sebuah adaptasi manga, yang digambarkan oleh Akagishi K, mula bersiri di laman web manga Comic Gardo pada 24 Mac 2017. [5] Sehingga Disember 2022, bab individu siri ini telah dikumpulkan ke dalam sembilan jilid tankōbon . Pada April 2020, J-Novel Club mengumumkan bahawa mereka turut melesenkan adaptasi manga untuk penerbitan bahasa Inggeris. [6]

Manga spin-off yang diilustrasikan oleh Momo Futaba, bertajuk Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill: Sui's Great Adventure (Jepun: とんでもスキルで異世界放浪メシ スイの大冒険, Hepburn: Tondemo Sukiru de Isekai Hōrō Meshi: Sui no Daibōken) bersiri di laman web Comic Gardo pada 24 Ogos 2018. [7] Sehingga Disember 2022, bab individu siri ini telah dikumpulkan kepada tujuh jilid tankōbon . Pada September 2022, J-Novel Club mengumumkan bahawa mereka turut melesenkan manga spin-off dalam bahasa Inggeris. [8]

Anime[sunting | sunting sumber]

Sebuah adaptasi siri televisyen anime telah diumumkan pada 29 Oktober 2022. Ia dihasilkan oleh MAPPA dan diarahkan oleh Kiyoshi Matsuda, dengan skrip yang ditulis oleh Michiko Yokote, reka bentuk watak dikendalikan oleh Nao Ōtsu, dan muzik yang digubah oleh Masato Kōda, Kana Utatane, dan Kuricorder Quartet. Siri ini disiarkan dari 11 Januari hingga 29 Mac 2023, di TV Tokyo dan rangkaian lain. [2] [9] [a] Lagu tema pembukaan ialah "Zeitaku na Saji" (Jepun: 贅沢な匙, "Exquisite Spoon") oleh Van de Shop, manakala lagu tema penamat ialah "Happy-go-Journey" oleh Yuma Uchida . [10] [11] Muse Communication melesenkan siri ini di Asia Selatan dan Tenggara [12] manakala Crunchyroll telah melesenkan siri ini untuk seluruh dunia. [13]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Pada 2018, adaptasi manga bagi siri ini telah disenaraikan sebagai manga Isekai kedua terbaik oleh pekerja kedai buku Jepun. [14]

Animenya pula mendapat ulasan positif daripada peminat sama ada lama mahupun baharu. MyAnimeList menilai anime pada 7.86 daripada 10, [15] manakala IMDb menilai anime pada 7.3 daripada 10. [16] Sementara itu, pengguna Anime Planet meletakkan siri ini 4-bintang daripada 5. [17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c 「とんでもスキルで異世界放浪メシ」8巻ドラマCD付き特装版ボイス入り告知PV&通販限定豪華版のグッズ画像も公開!. Overlap (dalam bahasa Jepun). December 14, 2019. Dicapai pada November 3, 2022.
  2. ^ a b c d Hodgkins, Crystalyn (October 29, 2022). "Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill Novels Get TV Anime by MAPPA in January". Anime News Network. Dicapai pada October 29, 2022.
  3. ^ とんでもスキルで異世界放浪メシ (dalam bahasa Jepun). Shōsetsuka ni Narō. Dicapai pada August 4, 2022.
  4. ^ Hodgkins, Crystalyn (March 16, 2019). "J-Novel Club Licenses Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill Novels". Anime News Network. Dicapai pada August 4, 2022.
  5. ^ オーバーラップのWebマンガ誌が誕生、なろう小説マンガ版やオリジナル作品も. Comic Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. December 22, 2016. Dicapai pada August 4, 2022.
  6. ^ Sherman, Jennifer (April 17, 2020). "J-Novel Club Licenses Deathbound Duke's Daughter, Wild Times with a Fake Fake Princess Novels". Anime News Network. Dicapai pada August 4, 2022.
  7. ^ 【ガルド最新作】「とんでもスキルで異世界放浪メシ スイの大冒険」本日8月24日より新連載スタート!!. Overlap (dalam bahasa Jepun). August 24, 2018. Dicapai pada August 4, 2022.
  8. ^ Morrissy, Kim (September 10, 2022). "J-Novel Club Licenses 6 Light Novels, 2 Manga". Anime News Network. Dicapai pada September 10, 2022.
  9. ^ Loo, Egan (December 8, 2022). "Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill Anime's Key Visual Announces January 10 Premiere". Anime News Network. Dicapai pada December 14, 2022.
  10. ^ Hazra, Adriana (November 14, 2022). "Yūma Uchida Performs Ending Theme for Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill Anime". Anime News Network. Dicapai pada November 14, 2022.
  11. ^ Loo, Egan (December 26, 2022). "Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill Anime's 2nd Trailer Unveils More Cast, Theme Songs". Anime News Network. Dicapai pada December 26, 2022.
  12. ^ Antonio Pineda, Rafael (November 1, 2022). "Muse Asia Licenses Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill TV Anime". Anime News Network. Dicapai pada November 4, 2022.
  13. ^ Hodgkins, Crystalyn (December 3, 2022). "Crunchyroll Reveals 7 New Anime Licenses for 2023 Including Legend of Heroes, Handyman Saitō in Another World". Anime News Network. Dicapai pada December 3, 2022.
  14. ^ Ressler, Karen (February 4, 2019). "Japan's Bookstore Employees Rank Top Manga of 2018". Anime News Network. Dicapai pada August 4, 2022.
  15. ^ Tondemo Skill de Isekai Hourou Meshi (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2023-02-20
  16. ^ Tondemo Skill de Isekai Hourou Meshi (Animation, Adventure, Comedy), Mappa, 2023-01-11, dicapai pada 2023-02-20
  17. ^ Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill (dalam bahasa Inggeris), 2023-01-10, dicapai pada 2023-02-20

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan