Tankōbon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tankōbon (単行本?) merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada sebuah buku yang telah lengkap secara sendiri dan tidak termasuk dalam sebuah siri (serupa dengan istilah monograf), namun industri manga menggunakannya untuk jilid-jilid yang mungkin sekali berada di dalam sebuah siri.[1][2] Perkataan ini boleh merujuk kepada novel-novel, buku-buku teks mahupun buku-buku fesyen dan lain-lain lagi. Perkataan ini adalah lebih khusus daripada perkataan hon yang juga merangkumi kategori yang sama, namun tankōbon merangkumi terbitan yang berkala, contohnya seperti sebuah (atau beberapa buah) ensiklopedia.

Tankōbon tidak merangkumi bunkobon (文庫本, seringkali digunakan untuk novel-novel), shinso (新書, seringkali digunakan untuk buku-buku pengetahuan tinggi), mahupun mukku (ムック, termasuk beberapa gambar) kerana mereka terdiri dalam sebuah siri.

Tankōbon tidak mempunyai format-format yang tetap, di antaranya ialah mamehon, (豆本). Tankōbon umum yang baru sering digelar kuarto atau perlapan dalam bahasa Inggeris.

Manga[sunting | sunting sumber]

Tankōbon di sebelah kiri (siri Love Hina jilid ke-11) merupakan versi yang lebih kecil daripada tankōbon versi Inggeris di sebelah kanan imej (siri Genshiken jilid ke-8).

Selalunya, manga akan diterbitkan dahulu dalam sebuah antologi atau himpunan karya bersaiz buku telefon secara mingguan atau bulanan yang digelar majalah manga (seperti Afternoon, Weekly Shōnen Jump atau Hana to Yume). Antologi-antologi ini seringkali mempunyai beratus-ratus halaman dan berdozen lagi cerita individual oleh ramai penulis. Mereka dicetak menggunakan kertas akhbar kos rendah dan dianggap pakai buang. Sebuah tankōbon akan mengumpulkan setiap keluaran daripada sebuah siri dan mencetak semula karya tersebut dalam sebuah jilid berbentuk buku kulit lembut menggunakan kertas yang lebih berkualiti.

Dalam bahasa Inggeris, meskipun penterjemahan sebuah tankōbon selalunya dipasarkan sebagai "novel grafik" atau "buku kulit lembut dagang", istilah tankoubon dan tankōbon yang ditransliterasikan kadang-kala digunakan dikalangan komuniti dalam talian. Rakyat Jepun seringkali merujuk kepada manga tankōbon sebagai komikkusu (コミックス), daripada perkata bahasa Inggeris untuk "komik".

Istilahnya turut merujuk kepada formatnya sendiri, iaitu sebuah koleksi dalam saiz buku kulit lembut dagang (lebih kurang 13 × 18 cm (5" × 7"), berbeza kepada yang lebih besar iaitu 18 × 25 cm (7" × 10")) yang merupakan format yang digunakan dalam novel grafik tradisional Amerika. Format tankōbon telah "menyerang" pasaran komik Amerika, di mana penerbit-penerbit buku terkenal berputus untuk mengeluarkan beberapa judul mereka dalam format yang lebih kecil ini. Format ini juga digelar "format cerna" atau digest format. Di Amerika, banyak manga dikeluarkan di dalam sebuah saiz yang kononnya digelar "Tokyopop trim" atau "Tokyopop size" (saiznya lebih kurang 5" x 7.5"),[3] asalnya diperkenalkan oleh Tokyopop.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gravett, Paul. 2004. Manga: Sixty Years of Japanese Comics. NY: Harper Design. ISBN 1-85669-391-0. p. 8.
  2. Schodt, Frederik L. 1986. Manga! Manga! The World of Japanese Comics. Tokyo: Kodansha. ISBN 978-0870117527.
  3. Brienza, Casey E. (June, 2009). "Buku, Bukan Komik: Bidang Penerbitan, Globalisasi, dan Manga Jepun di Amerika Syarikat". Publishing Research Quarterly (New York: Springer New York) 25 (2): 101–117. ISSN 1053-8801. http://www.springerlink.com/content/f11798l55w2872n0/. Capaian 12 Mac, 2010. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]