Candy Crush Saga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Candy Crush Saga
Candy Crush.png
Pembangun King
Pelantar Facebook, iPhone, iPad, Android
Tarikh keluaran Facebook:
12 April 2012
iPhone/iPad:
14 November 2012
Android:
14 Disember 2012
Genre Teka-teki

Candy Crush Saga ialah sebuah permainan video yang dilancarkan pada 12 April 2012 untuk Facebook, dan kemudiannya dilancarkan pada 14 November 2012 untuk telefon pintar.[1] Ia dibangunkan oleh King. Setakat Mac 2013, Candy Crush Saga sudah memotong kedudukan FarmVille 2 sebagai permainan paling popular di Facebook, dengan purata 45.6 juta pengguna bulanan.[2][3] Ia adalah variasi daripada permainan pelayar web mereka, Candy Crush.[4]

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Seorang perempuan sedang bermain Candy Crush Saga pada sebuah iPad.

Permainan ini merupakan variasi bagi permainan tiga padanan seperti Bejeweled. Setiap aras mempunyai satu papan permainan yang diisi dengan gula-gula yang berbeza warnanya, dan mungkin terdapat halangan. Pergerakan asas permainan ini adalah dengan menukar kedudukan dua biji gula-gula bersebelahan sama ada melintang mahupun menegak, bagi menghasilkan beberapa set padanan tiga (atau lebih) biji gula-gula yang sama warna.

Aras[sunting | sunting sumber]

Permainan ini terbahagi kepada beberapa aras, dan setiap aras mempunyai keperluan tersendiri untuk menyelesaikannya. Versi Facebook bagi Candy Crush Saga buat masa ini mempunyai 455 aras, dan satu set aras akan dilancarkan lebih kurang setiap 3 minggu. Versi-versi telefon pintar bagi Candy Crush Saga buat masa ini mempunyai 395 aras.

Candy Crush Saga ada kalanya memerlukan seorang pemain untuk membuka kekunci aras sebelum ia boleh dimainkan. Aras tersebut boleh dibuka dengan meminta pertolongan rakan-rakan Facebook, ataupun dengan membayar kredit Facebook.

Sistem nyawa[sunting | sunting sumber]

Setiap pemain secara lalai diberikan bilangan maksimum lima nyawa. Seseorang pemain memerlukan sekurang-kurangnya satu nyawa bagi memainkan sesuatu aras. Jika pemain gagal melengkapkan sesuatu aras, satu nyawa akan ditolak. Nyawa akan dijana semula setiap 30 minit bagi satu nyawa. Pemain juga boleh memulihkan nyawa dengan meminta pertolongan rakan-rakan Facebook, atau dengan membayar kredit Facebook (atau, bagi iOS dan Android, dengan menetapkan semula jam atau tarikh, walaupun ia boleh menyebabkan paparan jam yang salah).

Gula-gula Khas[sunting | sunting sumber]

Gula-gula Khas akan terhasil apabila empat atau lebih gula-gula yang sama warna dipadankan bersama. Gula-gula Khas mempunyai kesan khas (seperti mengosongkan keseluruhan baris gula-gula) apabila ia digunakan. Contoh Gula-gula Khas termasuklah Gula-gula Berjalur, Gula-gula Berbungkus dan Bom Gula-gula.

Kombinasi Gula-gula Khas[sunting | sunting sumber]

Jika seseorang pemain cuba untuk memindahkan dua biji Gula-gula Khas bersebelahan, ia akan menghasilkan satu kesan khas gabungan. Kesan khas sebegini selalunya jauh lebih berkuasa daripada kesan gula-gula individu.

Halangan[sunting | sunting sumber]

Halangan muncul pada beberapa aras tertentu. Halangan mempunyai pelbagai jenis sifat, dan kesemuanya direka untuk menjadikan sesuatu aras lebih sukar untuk diselesaikan. Contoh halangan termasuklah coklat yang cuba memenuhi keseluruhan papan permainan secara perlahan-lahan, serta puting beliung yang memusnahkan ruang papan permainan secara rawak.

Penggalak[sunting | sunting sumber]

Penggalak merupakan benda yang hanya boleh digunakan sekali sahaja yang boleh digunakan untuk membantu pemain menyelesaikan sesuatu aras. Penggalak selalunya dibeli menggunakan kredit Facebook. Setiap aras dalam Candy Crush Saga boleh diselesaikan tanpa penggunaan penggalak,[5] tetapi tahap kesukaran permainan direka bagi menggalakkan pembelian penggalak.[6] Contoh penggalak termasuklah Tukul Lolipop yang boleh memusnahkan mana-mana jubin permainan, serta Penukar Percuma yang boleh menukarkan mana-mana dua biji gula-gula bersebelahan.

Azimat[sunting | sunting sumber]

Dalam versi Candy Crush Saga terdahulu, pemain boleh membeli barang azimat bagi membantu melengkapkan sesuatu aras. Azimat lebih mahal daripada penggalak, kerana azimat boleh digunakan berulang kali. Setakat 27 Jun 2013, Azimat sudah tidak lagi boleh dibeli.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Tiffi: - Tiffi (kependekan bagi Toffette) ialah watak utama permainan. Dia merupakan seorang budak perempuan berambut kuning bertocang. Dia mengembara di serata peta permainan, dan menolong orang lain dengan masalah mereka.
  • En. Toffee: - En. Toffee ialah seorang lelaki yang tinggi lampai dengan rambut berwarna jingga. Dia menolong pemain semasa mula-mula bermain Candy Crush Saga.

Populariti[sunting | sunting sumber]

Candy Crush Saga sudah mencatatkan lebih sepuluh juta muat turun pada Disember 2012 sahaja.[7]

Candy Crush Saga sangat popular di Facebook dengan mencatatkan lebih 40 juta kesukaan pada laman aplikasinya. Ia merupakan aplikasi Facebook paling popular serta aplikasi yang mencatatkan pendapatan kasar tertinggi di kedai aplikasi Apple dan Google.[petikan diperlukan]

Permainan ini turut ditampilkan pada video muzik Psy, "Gentleman".[8]

Candy Crush Saga turut menerima perhatian meluas di kalangan media Hong Kong, dengan laporan bahawa seorang daripada tujuh warga Hong Kong bermain permainan tersebut.[9]

Setakat Julai 2013, dianggarkan bahawa Candy Crush Saga mempunyai 6.7 juta pengguna aktif dan mencatatkan pulangan sejumlah AS$633,000 sehari. [10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Candy Crush Saga - Wiki Guide". Gamewise. 
  2. San Francisco Chronicle Thursday, March 28, 2013 Business Report "Tech Chronicles" Page C2
  3. "Application Analytics for Facebook, iOS and Android". AppData. Diperolehi pada 2013-04-27. 
  4. "Candy Crush browser game". 
  5. "FAQs - Candy Crush Saga". King.com. 
  6. "The Top F2P Monetization Tricks". Gaasutra. 
  7. Woollaston, Victoria. "Candy Crush Saga soars above Angry Birds to become WORLD'S most popular game". Daily Mail. Associated Newspapers Ltd. Diperolehi pada 20 May 2013. 
  8. 4/17/13 7:00am 4/17/13 7:00am. "Is PSY's "Gentleman" Video Just a Giant Commercial?". Kotaku.com. Diperolehi pada 2013-04-27. 
  9. Buffa, Chris. "Candy Crush Saga: Played By Every Seventh Person In Hong Kong Daily". Modojo. 
  10. http://appadvice.com/appnn/2013/07/freemium-app-candy-crush-saga-earns-a-record-breaking-633000-each-day