Carole Baskin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carole Baskin
Carole Baskin looks to her right side
Baskin pada 2019
Kelahiran
Carole Stairs Jones

(1961-06-06) 6 Jun 1961 (umur 62)
Bexar County, Texas, Amerika Syarikat
Nama lain
  • Carole Murdock
  • Carole Lewis
PekerjaanAktivis hak kebajikan hawian
Terkenal keranaTerlibat dalam siri Tiger King
Pasangan
  • Michael Murdock (k. 1979; c. 1990)
  • Don Lewis (k. 1991; legal d. 2002)
  • Howard Baskin (k. 2004)
Anak-anak1

Carole Baskin (née Stairs Jones; lahir 6 Jun 1961) ialah seorang aktivis Amerika Syarikat untuk menyokong hak haiwan kucing besar dan juga CEO Big Cat Rescue, pusat perlindungan haiwan bukan untung yang terletak berhampiran Tampa, Florida, Amerika Syarikat.[1][2]

Nama Baskin menarik perhatian umum ketika beliau muncul dalam siri dokumentari Netflix 2020 Tiger King mengenai pengendali zoo peribadi Oklahoma dengan Joe Exotic. Siri Netflix mengisahkan Baskin dan Joe Exotic, dalam penggambaran pengembaraab mereka secara langsung dengan haiwan eksotik di taman haiwan peribadi Baskin. Selepas siri ini dilancarkan, nama Baskin menjadi tajuk meme internet dan teori konspirasi yang berkaitan dengan kehilangan Don Lewis, suami keduanya.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Carole Stairs Jones dilahirkan pada 6 Jun 1961, di Bexar County, Texas, Amerika Syarikat.[4] Beliau menunjukkan minatnya untuk menjadi penyelamat kucing ketika berusia sembilan tahun, namun beliau tidak memutuskan untuk memulakan kerjaya dalam bidang kedoktoran hewan.[5]

Pada usia 14 tahun, Baskin melaporkan telah diperkosa oleh tiga lelaki yang tinggal di seberang jalan rumahnya, namun beliau mengatakan bahawa beliau tidak mendapat sokongan moral dari keluarganya.[6] Beliau kemudian keluar dari Sekolah Tinggi dan memilih untuk melarikan diri dari rumah dengan pekerja di sekitar rumahnya.[5][7] Baskin kemudian hidup terdampar dan berulang-alik antara Florida dan Bangor, Maine, dan tidur di bawah kereta yang diparkir.[7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 17 tahun, Lewis bekerja di sebuah pusat beli-belah di Tampa. Untuk mendapatkan wang, membela kucing jalanan;[7] beliau juga mula menyelamatkan bobcat, dan menggunakan llama untuk bisnis perapian rumput.[5][7] Pada Januari 1981, beliau berkahwin dengan suami kedua, Don Lewis, dan terlibat dalam perniagaan hartanah suaminya.[5]

Pada tahun 1992, Carol dan suaminya Don menubuhkan Wildlife on Easy Street, sebuah pusat perlindungan haiwan berhampiran Tampa untuk kucing besar. Beliau menjadi ketua eksekutif, dan pusat itu kemudian dinamakan semula sebagai Big Cat Rescue, tidak lama setelah kehilangan Don Lewis pada tahun 1997.[8][9]

Kini, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan "The Cat Chat" siniar untuk mempromosikan pelbagai aktivitinya di taman haiwan peribadinya.[10] The New York Times dan The Hollywood Reporter menyebutnya sebagai aktivis hak haiwan.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Alan Yuhas; Maria Cramer (April 2, 2020). "What Happened After 'Tiger King'". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2020. Dicapai pada April 2, 2020.
  2. ^ a b Josh Wigler (March 30, 2020). "'Tiger King': Carole Baskin Speaks Out Against Netflix Documentary". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada March 31, 2020. Dicapai pada April 2, 2020.
  3. ^ "Carole Baskin". March 22, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2020. Dicapai pada March 25, 2020.
  4. ^ Carole Baskin (February 26, 2020). "1961 06 06". YouTube. Dicapai pada March 31, 2020.
  5. ^ a b c d Williams, Sean. "Joe Exotic Built a Wild Animal Kingdom, He Was thw Most Dangerous Predator of Them All". www.thedailybeast.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Julai 2020.
  6. ^ Tamara Davidson (April 11, 2020). "Carole Baskin's rise to millionaire TV star after gang rape at 14 and abusive first marriage". Mirror.co.uk. Dicapai pada April 11, 2020.
  7. ^ a b c d Robert Moor (September 3, 2019). "Joe Exotic bred lions, tigers, and ligers at his roadside zoo. He was a modern Barnum who found an equally extraordinary nemesis". Intelligencer. Dicapai pada March 31, 2020.
  8. ^ Bullimore, Emma (March 17, 2020). "Who is Carole Baskin? Meet the real life activist from Netflix's Tiger King". Radio Times.
  9. ^ "Kim Kardashian Praises Tiger King — and Wonders if Carole Baskin Could Have Killed Her Husband". PEOPLE.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2020. Dicapai pada March 25, 2020.
  10. ^ Bernie Borges (May 17, 2014). "Big Cat Rescue's Carole Baskin". Dicapai pada March 31, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]