Chaiten (gunung berapi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 42°49′58″S 72°38′45″W / 42.83278°S 72.64583°B / -42.83278; -72.64583

Chaitén
Imej satelit pada 2003.
Kaldera ialah ciri berbentuk bulat di bahagian tengah imej. Bandar Chaitén pula di bahagian kanan.
Ketinggian 1,122 meters (3,681 ka)
Lokasi
Lokasi Chile
Banjaran Andes
Koordinat 42°49′58″S, 72°38′45″WCoordinates: 42°49′58″S, 72°38′45″W
Geologi
Jenis Kaldera
Letusan terakhir 6 Mei 2008

Chaitén merupakan sebuah gunung berapi berkaldera berdiameter tiga kilometer (1.9 batu) di sebelah barat gunung berapi Michinmahuida yang membujur dan berais di puncaknya, 10 kilometer (6 batu) di timur-laut bandar yang sama namanya di Teluk Corcovado, di Chile selatan. Sebahagian kaldera ini dipenuhi dengan kubah lava obsidian riolit yang mencapai ketinggian 962 meter (3155 kaki) di atas aras laut, bahagian atas kubah lava ini tidak ditupi tumbuh-tumbuhan, manakala terdapat di bahagian lantai kaldera terdapat du atasik di sebelah barat dan utara kubah lava.[1]

Obsidian kelabu lut cahaya yang meletus keluar dari gunung berapi ini telah digunakan oleh budaya pra-Columbus sebagai bahan mentah untuk artifak.[2]

Gunung berapi ini kali terakhir meletup pada 6 Mei 2008. Mengikut Global Volcanism Program, pentarikhan radiokarbon aliran lava dari gunung berapi ini menunjukkan yang letusan sebelum ini terjadi pada 7420 SM, tambah atau tolak 75 tahun.[1]

Letusan 2008[sunting | sunting sumber]

Imej awan abu dari letusan 2008 yang memanjang sehingga Lembangan San Jorge di Lautan Atlantik.

Letusan terjadi pada pagi 2 Mei 2008 dan memaksa pemindahan lebih 4,000 penghuni dari bandar Chaitén (10 kilometer dari gunung berapi) dan menyebabkan kematian seorang wanita tua.[3] Letusan ini berterusan sehingga 4 Mei.[4] Bandar yang lebih jauh seperti Futaleufú turut terjejas dan bekalan air tercemar.[4]

Sepasukan ahli sains dari A.S. telah dihantar untuk menilai kualiti udara dan risiko akibat bahan kimia jatuh di kawasan terbabit.[4]

Penghuni Chaitén dan Futaleufú kemudian dipindahkan lagi pada pagi 6 Mei 2008, apabila satu letusan besar terjadi, dengan kemungkinan aliran piroklastik dan lava.[5]

Kedua-dua kawah gunung berapi itu kini telah melakur menjadi satu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Chaitén". Global Volcanism Program. Diperoleh pada 2008-05-06. 
  2. Naranjo, José; Charles R. Stern (Disember 2004). "Holocene tephrochronology of the southernmost part (42°30'-45°S) of the Andean Southern Volcanic Zone" 31 (2). Rev. geol. Chile. [atas talian]. ms. pp. 225–240. ISSN:0716-0208. Diperoleh pada 2008-05-02. 
  3. "One dead as Chilean volcano spews ash for third day". Reuters. Diperoleh pada 2008-05-06. 
  4. 4.0 4.1 4.2 Matt Malinowski. "Evacuations continue in Chile volcano zone". Patagonia Times. Diperoleh pada 2008-05-06. 
  5. "Chile eruption spurs evacuations". BBC News. 2008-05-06. Diperoleh pada 2008-05-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]