Chandelier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chandelier
Umum
PengarangAcik Lana
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
Mei 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman619
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670874005

Chandelier ialah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Acik Lana terbitan Kaki Novel. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2020.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya. Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. “Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.” “Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah. Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. “Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Chandelier dikeluarkan pada 2015 oleh Kaki Novel. Pada tahun 2020, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama bermula 10 Februari 2020 di Astro Ria, dibintangi oleh Ben Amir dan Mimi Lana.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chandelier by Acik Lana Goodreads. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  2. ^ Drama Chandelier (Astro Ria) My Info Taip. Dicapai pada 13 Februari 2020.
  3. ^ Mustazah GP (10 Februari 2020). Info drama Chandelier Iluminasi. Dicapai pada 13 Februari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]