Mimi Lana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mimi Lana
Mimi Lana pada Ogos 2012.
Kelahiran
Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin

(1995-11-21) 21 November 1995 (umur 28)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)

Mimi Rozaiana Zainal Abidin (lahir 21 November 1995) atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana (Jawi: ميمي لان) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.[2] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama televisyen termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa (2015), Sein dan Luna (2016), dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).[3][4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era kegemilangan Seniman Agung, P. Ramlee,[6] Mimi Lana memulakan kerjaya pemodelan sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 bersama-sama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid, Fify Azmi dan Puteri Aishah dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan.[7] Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna[8] sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.[9]

Mimi membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Pusaka (2019).[10][11] Pada tahun 2020, Mimi membintangi dua drama, iaitu Chandelier sebagai Keisha Edlina dan Hati Yang Tersakiti sebagai Farah Azira.

Beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam drama Masih Ada Rindu (2021) yang disiarkan di slot Akasia TV3 dengan melakonkan watak sebagai Syafika.[12]

Pada tahun 2022, beliau berlakon dalam drama Villa Kristal untuk siaran di WeTV bermula 4 Mac. Ia turut dibintangi oleh Jasmine Suraya Chin, Tiz Zaqyah dan Mawar Rashid.[13][14]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mimi bersama pelakon Natasha Elyzza dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Beliau dipenjarakan selama 11 hari. Mimi dibebaskan pada 29 September selepas siasatan mendapati dadah itu bukan milik beliau.[15][16]

Beliau berkongsi mengenai ketinggiannya dalam temuramah bersama Star2: "Semua orang dalam keluarga saya tinggi. Bapa saya dan adik saya lebih tinggi daripada 6 kaki (1.8m). Adik saya, juga tinggi seperti saya." Menurut laporan Star2, Mimi kelihatan lebih tinggi dari kebanyakan wanita Malaysia.[6]

Pada Jun 2020, Mimi mendedahkan bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Syafiq Kyle telah berakhir selepas lima tahun menjalin hubungan.[17] Namun, hubungan mereka kembali terjalin selepas berkongsi gambar masing-masing di media sosial.[18]

Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari 2023,[19][20] dan dijadualkan bakal bernikah pada 18 Ogos 2023,[21] namun mereka membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.[22][23][24]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Balun Gadis Filem pertama, pelakon tambahan
2019 Pusaka Nur
2020 Saka Nan Sepi Rozi
2022 Zaara Habibah
2023 Seindah Kasih The Movie Alia
2024 The Experts Selamatkan Raya Emma Filem pendek
The Experts Emma Pos-produksi
Mencari Ramlee Pos-produksi
TBA Munajat Kekasih Qistina Dezek Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Kisah Cinta Kawan Huzir TV3 Drama pertama
Cinta Jannah Wanda
AKU Yana
2015 Papa Chef Ainda TV1
Eksperimen Cinta Melisa TV3
Mencari Mubarak Wan Zaidi TV1
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Riana Astro Mustika HD
2016 Sekali Aku Jatuh Cinta Izzati TV3
Sein Dan Luna Luna
2017 Cinta Samar Sofea TV1
2018 Suamiku Mat Piun Atiqah TV3
Halalkan Hati Yang Ku Curi Salima
Cinta Koko Coklat Darwina ntv7
Mawar Murni Mawar TV3
Dian Syafiqa NTV7
2019 Cari Aku Di Syurga Mira TV3
Bukan Cinta Aku Qisha
2020 Chandelier Keisha Edlina Astro Ria
Hati Yang Tersakiti Farah Azira TV3
2021 Ramadan Pertama Edi Nad Astro Ria
Masih Ada Rindu Syafika TV3
Lockdown Milia Astro Ria
2022 Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 Natasya Amira Astro Ria
2023 Persepsi Dayah Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Aidil Click Adik Rizal TVi
2015 Kek Batik Cheese Leleh Atira TV9
2016 Air Mata Xinjiang TV2
Cinta Viral Mell TV1
2017 Hanya NamaMu Ayu TV3
Fatihah Untuk Mama Fatihah
Dodol Untuk Menantu Noni TV9
Menantu Second Class Fatin
Opah Dot Com Lydia
Gadis Kosmos Lily Astro Citra
2018 The Hantus Cinta Astro First Eksklusif
Maya Mila Maya/Mila ntv7
Wish List Raya Alia TV9
Selirat Huda TV3
Terlakur Cinta Suci Aleyna
Neraka Kasih Maisarah Maisarah
Kau, Aku, Hantu Raya Fifie TV2
2019 Viral Alam Maya Intan TV3
Dulang Boy Rosyatimah
Sahur Terakhir Adik Zamani TV Okey
7 Netizen Nadia Astro Citra
2020 Mufariq Erma Sofea TV1
Ara Ara TV3
Racun Suami Jahanam Suraya Astro Citra
2021 Bukan Cerita Cinta Cliche Emmel
Mufariq TV1

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2015 Dan Calonnya Adalah (Musim 2) Yasmin tonton
2016 Cinta Tangkap Muat Emilia Unifi TV
2017 Ana Kleopatrena Ana
2021 Realiti Cinta Andrea WeTV
2022 Villa Kristal Hani
2023 Perempuan Itu Khalish tonton

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014–2015 Dewi Remaja Peserta Astro Ria
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
2020 MeleTOP Pengacara jemputan Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2019
Anugerah Skrin ke-23
Pelakon Wanita Terbaik Drama Neraka Kasih Maisarah Tercalon
2020
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
Gandingan Serasi Filem Popular (bersama Syafiq Kyle)[25] Pusaka Menang
2021
Festival Filem Malaysia ke-31
Pelakon Harapan Wanita Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Mimi Lana, Peserta Dewi Remaja Kini Bergelar Pelakon encikshino.com
  2. ^ "'Rezeki masing-masing'". Harian Metro. 15 Mei 2017. Dicapai pada 27 September 2019.
  3. ^ Nur Asyikin Mayudin (12 Februari 2017). "Mimi Lana bangkit mendepani hari". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  4. ^ Ahmad Isyafiq Md Desa (19 April 2019). "Falsafah seni Mimi Lana". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  5. ^ No shortcut to success, says Mimi Lana The Star Online (2 Oktober 2019). Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  6. ^ a b Mumtaj Begum (8 Mei 2019). Mimi Lana wants to be challenged and won’t settle for anything less Diarkibkan 2019-05-29 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  7. ^ 20 Finalis Pencarian Dewi Remaja Selongkar10 (20 Disember 2014). Dicapai pada 20 Februari 2017.
  8. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (4 Januari 2017). New acts on the block: Syazuwan Hassan and Mimi Lana, join a growing number of Malaysian talents New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2017.
  9. ^ Nur Asikin Hassan (19 Mei 2017). "Lambat pun tak apa - Mimi Lana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2018. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  10. ^ Farhana Ab Rahman (7 Oktober 2019). Saya memang macam ini: Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  11. ^ Syanty Octavia Amry (1 Oktober 2019). "Pengalaman kekasih jadi rujukan". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (4 Jun 2021). "Bertuah ganding hero pujaan". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2021.
  13. ^ Sairul Zamri Misrani (29 Januari 2022). "'Memilih bukan bermaksud cerewet'". Kosmo!. Dicapai pada 27 September 2022.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (14 Januari 2022). "Mimi Lana takkan sorok calon suami". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2022.
  15. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (11 Oktober 2015). Saya bukan penagih dadah - Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  16. ^ Pelakon Mimi Lana Ditahan Polis Kerana Miliki Ganja? My News Hub (19 September 2015). Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  17. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Jun 2020). Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  18. ^ "Cinta Mimi, Syafiq bertaut kembali?". Kosmo!. 29 November 2020. Dicapai pada 13 September 2021.
  19. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Januari 2023). "Syafiq, Mimi sudah bertunang?". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2023.
  20. ^ "Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang". Berita Mediacorp. 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 September 2023.
  21. ^ Hasif Idris (14 Februari 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah lepas Aidilfitri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 September 2023.
  22. ^ "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Malaysia Gazette. 11 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
  23. ^ Zaara Talita (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2023.
  24. ^ Hanisah Selamat (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batalkan pernikahan". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2023.
  25. ^ Farihad Shalla Mahmud (14 November 2020). "Syafiq Kyle, Mimi Lana menang Gandingan Serasi Filem Popular". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]