Chang'e

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chang'e

Chang'e flies to the moon - Project Gutenberg eText 15250.jpg

Chang'e melayang ke bulan, dari Myths and Legends of China, 1922 oleh E. T. C. Werner
Bahasa Cina:

嫦娥

Chang'e (Bahasa Cina: pinyin: Cháng'é), asalnya dikenali sebagai Heng'e (; Héng'é, ditukar atas sebab pantang larang nama), ialah dewi bulan Cina. Berbeza dengan dewa-dewi bulan dalam budaya lain yang mempersonifikasikan bulan, Chang'e sekadar tinggal di atas bulan. Kapal angkasa peneroka bulan Chang'e 1 dinamakan sempena dewi ini.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Chang'e menjadi dewi, bumi ada sepuluh biji matahari yang menyebabkan kepanasan yang amat terik sehingga menyiksa penduduk bumi. Houyi, si pemanah legenda akhirnya memanah sembilan dari sepuluh matahari tersebut. Houyi kemudian menjadi terkenal dan lupa akan isterinya, Chang'e. Atas jasanya, Houyi dihadiahi sejenis bahan atma jiwa yang akhirnya diminum oleh Chang'e. Ada versi lain yang mengatakan bahawa seorang orang bawahan Houyi mencemburui pencapaian dan kemasyhuran pemanah itu. Maka, dia cuba mencuri atma jiwa milik tuannya, tetapi dipatahkan oleh Chang'e. Atas sebab terdesak, Chang'e akhirnya meminum atma jiwa itu sampai habis lantas melayang ke bulan. Begitulah Chang'e menjadi Dewi Bulan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]