Charok Chong Hom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charok Chong Hom
Charuk Chong Hom, Caruk Chong Hom, Carok Chong Hom, Charok Chan Hom
Charok Chong Hom is located in Bumi
Charok Chong Hom
Charok Chong Hom (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Nguan
 • koordinat6°23′53″N 100°40′39″E / 6.397971°N 100.677428°E / 6.397971; 100.677428
MuaraSungai Seraya 
 • lokasi
di utara Kampung Seraya
 • koordinat
6°24′06″N 100°41′42″E / 6.401641°N 100.695065°E / 6.401641; 100.695065Koordinat: 6°24′06″N 100°41′42″E / 6.401641°N 100.695065°E / 6.401641; 100.695065
Panjang2.32 kilometer (1.4 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Charok Chong Hom (Jawi: چاروق چوڠ هوم), atau juga dikenali sebagai Charuk Chong Hom, Carok Chong Hom, Caruk Chong Hom dan Charok Chan Hom ialah sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama "Charok Chan Hom" pertama kali direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lokasi koordinat Charok Chom Hong ialah 6°24′46″N 100°40′49″E / 6.4129°N 100.6803°E / 6.4129; 100.6803.[2] Mengikut topografi kawasan, lembah sungai Charok Chong Hom terletak di anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 147 meter (482.3 ka).[3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[3]

Charok Chong Hom yang mempunyai panjang kira-kira 2.32 kilometer (1.4 bt) merupakan sebuah sungai yang berasal daripada Bukit Nguan, berdekatan dengan kawasan perkampungan Kampung Pumu, kira-kira di koordinat 6°23′53″N 100°40′39″E / 6.397971°N 100.677428°E / 6.397971; 100.677428.[1][5] Charok Chong Hom akan menelusuri kawasan perhutanan tebal, iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai, di kawasan pedalaman Mukim Batang Tunggang Kiri. Charok Chang Hom akan bermuara di Sungai Seraya (atau Sungei Seraya), sebaik sahaja memasuki utara kawasan perkampungan Kampung Seraya, di koordinat 6°24′06″N 100°41′42″E / 6.401641°N 100.695065°E / 6.401641; 100.695065.[1][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ a b c "Charok Chan Hom, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 28 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  4. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]