Sungai Seraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Seraya
Sungei Seraya, Sg. Seraya
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Koh Mai
 • lokasiberdekatan Sempadan Malaysia–Thailand
 • koordinat6°26′51″N 100°39′36″E / 6.447499°N 100.659933°E / 6.447499; 100.659933
MuaraSungai Padang Sanai 
 • lokasi
Kampung Kuala Seraya
 • koordinat
6°23′25″N 100°42′04″E / 6.39026°N 100.70109°E / 6.39026; 100.70109Koordinat: 6°23′25″N 100°42′04″E / 6.39026°N 100.70109°E / 6.39026; 100.70109
Panjang10.6 kilometer (6.6 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiri
 • kanan
JambatanK402 K402

Sungai Seraya (Jawi: سوڠاي سرايا), atau juga dikenali sebagai Sungei Seraya sebelum 1972,[2], dan Sg. Seraya ialah sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama "Sungei Seraya" pertama kali direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lokasi koordinat Sungai Seraya ialah 6°24′N 100°42′E / 6.400°N 100.700°E / 6.400; 100.700.[4] Mengikut topografi kawasan, lembah sungai Sungai Seraya terletak di anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 53 meter (173.9 ka).[3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[3]

Sungai Seraya yang mempunyai panjang kira-kira 10.6 kilometer (6.6 bt) merupakan sebuah sungai yang berasal daripada Bukit Koh Mai (Bahasa Thai: เขาไหม้ใหญ่; RTGSKhao Mai Yai), berdekatan dengan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand,[5][6] kira-kira di koordinat 6°26′51″N 100°39′36″E / 6.447499°N 100.659933°E / 6.447499; 100.659933.[1] Sungai Seraya akan menelusuri kawasan perhutanan tebal, iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai, di kawasan pedalaman Mukim Batang Tunggang Kiri. Sungai ini akan melalui Bukit Goh Lembu, Bukit Nguan dan kawasan perkampungan kecil Kampung Seraya dahulu, dan melintasi Jalan Negeri K402 (Jalan Durian Burong) sebelum bermuara di Sungai Durian Burong,[5][6] kira-kira 2.6 kilometer (1.6 bt) tenggara Kampung Seraya di 6°23′13″N 100°42′06″E / 6.386904°N 100.701728°E / 6.386904; 100.701728.[1]

Terdapat beberapa sungai dan anak sungai yang bermuara di Sungai Seraya iaitu:[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ Gazetter No. 10 – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names [Gazetir Kesepuluh British Borneo, Singapura dan Tanah Melayu; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1955. ISBN 9780598719669. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  3. ^ a b c d "Sungai Seraya, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  4. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  5. ^ a b Survey Department, Federation of Malaya (1950) (dalam bahasa Inggeris). Malaya 1950 – Topography (Peta). 1:760 320. Malaysia.
  6. ^ a b Survey Department, Federation of Malaya (1948) (dalam bahasa Inggeris). Perlis and Kedah 1948, North Sheet (Peta). 1:126 720. Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]