Charok Kerangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charok Kerangan
Caruk Kerangan
Charok Kerangan is located in Bumi
Charok Kerangan
Charok Kerangan (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Balek Angin
 • lokasitimur Kampung Pisang
 • koordinat6°23′20″N 100°42′43″E / 6.389°N 100.712°E / 6.389; 100.712
 • ketinggian179 meter (587.3 ka)
MuaraSungai Durian Burong 
 • lokasi
di Kampung Pisang
 • koordinat
6°23′49″N 100°42′14″E / 6.397°N 100.704°E / 6.397; 100.704Koordinat: 6°23′49″N 100°42′14″E / 6.397°N 100.704°E / 6.397; 100.704
 • ketinggian
61 meter (200.1 ka)
Panjang1.70 kilometer (1.1 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Durian Burong → Sungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Charok Kerangan (Jawi: چاروق كراڠن), atau juga dikenali sebagai Charuk Kerangan dan Caruk Kerangan merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2] Charok Kerangan mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Balek Angin dan tamat di pertemuan Sungai Durian Burong.[1][3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Charok Kerangan dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°42′E / 6.400°N 100.700°E / 6.400; 100.700.[2]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sumber bagi Charok Kerangan terletak di Bukit Balek Angin (atau Bukit Balik Angin) dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 179 meter (587.3 ka). Sumber Charok Kerangan berdekatan dengan sumber Charok Tebun. Ia akan melengkung menuju ke arah barat menelusuri kawasan perhutanan tebal dalam Hutan Simpanan Kekal Padang Terap. Terdapat sebuah saliran sepanjang 0.25 kilometer (0.2 bt) dari Bukit Balek Angin bermuara di lengkungan ini. Sebelum mengahmpirnya hilirnya, Charok Kerangan akan melalui kawasan pertanian sawah padi kecil yang diusahakan oleh penduduk yang tinggal di Kampung Pisang. Charok Kerangan akan melengkung sekali lagi, tetapi lengkungan ini lebih kecil dan membuat pertemuan antara Sungai Durian Burong sebagai hilirnya, di ketinggian atas min aras laut iaitu 61 meter (200.1 ka) berhampiran Kampung Pisang dan Kampung Kuala Seraya.[1][4][5]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, ada satu sungai tanpa nama bermuara di saliran ini.[1]

Klimatologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Kerangan ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di lembah sungai Charok Kerangan pada tahun 2000 hingga 2019 ialah 27.4 °C (81.3 °F). Bulan yang paling panas ialah April dengan suhu mencecah 28.5 °C (83.3 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[7][8] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,152 milimeter (84.7 in) pertahunnya. Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 286.1 milimeter (11.3 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 59.1 milimeter (2.3 in).[7][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ "Charok Kerangan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  4. ^ Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  5. ^ Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  6. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  7. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampung Peraduan Sonkeh, Kedah, Malaysia (2000–2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  8. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.