Chikungunya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Demam Chikungunya
frames
ICD10 A92.0
ICD9 065.4, 066.3
Pengelasan Virus
Kumpulan IV (virus RNA)
Famili Togaviridae
Genus Alfavirus
Spesies Virus Chikungunya

Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 [1].

Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].

Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.

Gejala[sunting | sunting sumber]

Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.

Terbitan linguistik[sunting | sunting sumber]

Menurut laporan awal Lumsden terhadap epidemiologi pada tahun 1955, istilah "chikungunya" berasal daripada kungunyala, kata kerja dasar Makonde yang bermaksud "kering" atau "berkernyut". Dalam penyelidikan serentak, Robinson menterjemahkan istilah Makonde ini dengan tambahan antara baris sebagai "sesuatu yang melengkung ke atas". Rujukan kepada bahasa Makonde kemudian terlepas perhatian pengarang-pengarang yang berikut dan mereka menganggap bahawa istilah ini berasal daripada bahasa Swahili, lingua franca kawasan itu. Anggapan yang salah ini telah diulangi dalam banyak sumber tercetak; Google menyenaraikan melebihi 15,000 laman dalam carian untuk "chikungunya swahili".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robinson Marion (1955). "An Epidemic of Virus Disease in Southern Province, Tanganyika Territory, pada tahun 1952-53; I. Clinical Features". Trans Royal Society Trop Med Hyg 49 (1): 28–32. 
  2. Lumsden WHR (1955). "An Epidemic of Virus Disease in Southern Province, Tanganyika Territory, in 1952-53; II. General Description and Epidemiology". Trans Royal Society Trop Med Hyg 49 (1): 33–57. 
  3. Vanlandingham DL, Hong C, Klingler K, Tsetsarkin K, McElroy KL, Powers AM, Lehane MJ, Higgs S (2005). "Differential infectivities of o'nyong-nyong and chikungunya virus isolates in Anopheles gambiae and Aedes aegypti mosquitoes". Am J Trop Med Hyg 72 (5): 616–21. PubMed.