India Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

India Selatan

View of Empangan Pechiparai di Kanyakumari
Pemandangan Empangan Pechiparai di Kanyakumari

Peta politik India Selatan

Peta kenit India, dengan India Selatan ditonjolkan
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Keluasan 635,780 km² 
Negeri dan wilayah Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, Tamil Nadu, Pondicherry, Lakshadweep*
Bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk (2008) Chennai, Bangalore, Coimbatore, Hyderabad, Madurai, Visakhapatnam
Bahasa rasmi Kannada, Malayalam, Tamil, Telugu, Urdu, Inggeris, Perancis
Jumlah penduduk 233,000,000
Kepadatan penduduk 337/km²
Kadar kelahiran 20.4
Kadar kematian 7.7
Kadar kematian bayi 48.4


India Selatan ialah kawasan India yang merangkumi negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, dan Tamil Nadu, serta juga wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry. Luasnya 19.3% daripada seluruh kawasan India. India Selatan terletak di semenanjung Penara Deccan dan disempadani oleh:

Geografinya berbeza-beza dan merangkumi dua banjaran gunungGhat Barat dan Ghat Timur — serta sebuah penara di kawasan tengah. Sungai Godavari, Sungai Krishna, Sungai Tungabhadra, dan Sungai Kaveri ialah sungai tak sentiasa berair yang merupakan sumber air yang penting.

Sebilangan besar orang India Selatan bertutur dalam salah satu daripada lima bahasa DravidiaKannada, Malayalam, Tamil, Telugu, dan Tulu. Pada sepanjang sejarahnya, sebilangan kerajaan dinasti memerintah berbagai-bagai bahagian India Selatan, dengan serangan mereka yang merentasi Asia Selatan dan Asia Tenggara mempengaruhi sejarah dan budaya negara bangsa moden seperti Sri Lanka, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kawasan itu dijajah oleh Britain dan kemudian beransur-ansur diserap ke dalam Empayar British. Gaya kesusasteraan dan seni bina yang berkembang pada sepanjang dua ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan gaya di bahagian-bahagian negara yang lain. Politik India Selatan dikuasai oleh parti-parti politik kawasan yang lebih kecil, berbanding dengan parti-parti politik negara di kawasan yang lain.

Selepas mengalami naik turun pada dekad-dekad selepas kemerdekaan India, negeri-negeri India Selatan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada tiga dekad yang lalu, berbanding dengan pertumbuhan dekad purata negara. India Selatan ditempatkan tertinggi daripada segi pembangunan sosioekonomi seperti kadar kesuburan dan infrastruktur, dengan kadar kesuburannya sebanyak 1.9 merupakan kadar yang paling rendah antara semua kawasan di India.[1] Walaupun demikian, ketaksamaan ekonomi, buta huruf, dan kemiskinan masih menjejaskan kawasan ini, sebagaimana dengan kawasan-kawasan yang lain di negara. Pertanian ialah penyumbang tunggal yang utama kepada keluaran dalam negeri bersih (KDNB), manakala teknologi maklumat (IT) merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi South India.