Chris Richardson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chris Richardson
Latar belakang
Nama lahir Christopher Michael Richardson
Berasal dari Amerika Syarikat Chesapeake, Virginia
Genre Pop, Rock, R&B
Pekerjaan Penyanyi

Christopher Michael Richardson (lahir 19 Februari 1984) merupakan penyanyi Amerika Syarikat yang telah menamatkan pencarian bakat baru menerusi program realiti, American Idol untuk musim keenam. Beliau disingkirkan pada 2 Mei 2007.

Permulaan hidup[sunting | sunting sumber]

Richardson dilahirkan di Supreme Headquarters Allied Powers Europe Hospital in Belgium oleh pasangan Phyllis dan Danny Richardson. Bapanya bersama tentera udara selama dua puluh tahun dan ibunya pernah memenagi "Miss Great Bridge High School". [1] Richardson berhijrah ke Chesapeake, Virginia, pada 1999. Sebelum menyertai American Idol, Richardson merupakan ketua dapur untuk restoran Hooters. Beliau pernah menuntut di Sekolah Tinggi Great Bridge sehingga tahun 2002 dan belajar komposisi muzik di Christopher Newport University di Newport News, Virginia, untuk setahun, dan bermain bola sepak juga. Beliau menyambung pelajarannya mengenai muzik di Tidewater Community College. Beliau juga membela seekor anjing yang dipanggil “Tommy”.[2]

American Idol[sunting | sunting sumber]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Richardson diujibakat di New York, dengan memegang nombor 8963. Para juri berpuashati dengannya dan membawanya ke peringkat saringan. Randy Jackson berpendapat bahawa Chris mempunyai persamaan dengan penyanyi popular, Justin Timberlake. Bagi Chris, beliau tidak ambil peduli apabila beliau dibandingkan dengan Timberlake.

Persembahan American Idol[sunting | sunting sumber]

Minggu # Lagu Artis Keputusan
Top 24 I Don't Want to Be Gavin DeGraw Selamat
Top 20 Geek In The Pink Jason Mraz Selamat
Top 16 Tonight I Wanna Cry Keith Urban Selamat
Top 12 The Boss Diana Ross Selamat
Top 11 Don't Let the Sun Catch You Crying Gerry and the Pacemakers 2 Terendah
Top 10 Don't Speak No Doubt Selamat
Top 9 Don't Get Around Much Anymore Duke Ellington Selamat
Top 8 Smooth Santana feat. Rob Thomas 3 terendah
Top 7 Mayberry Rascal Flatts Selamat
Top 6 Change the World Eric Clapton Selamat
(Tiada penyingkiran)
Top 6 Wanted Dead or Alive Bon Jovi Tersingkir


Peribadi[sunting | sunting sumber]

Richardson tinggal di Chesapeake, Virginia. Beliau bermain gitar, dram dan piano. [3]

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa beliau keluar bersama Lauren Conrad dari Laguna Beach dan The Hills setelah mereka kelihatan bersama. Conrad bagaimanapun menafikannya dan menganggap mereka hanya kawan.[perlu rujukan]

Chris mengaku bahawa beliau dan Blake merupakan kawan rapat.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Hampton Roads
  2. "Chesapeake Idol contestant stirs up fond memories among friends, family" By Larry Bonko and Phyllis Speidell. The Virginian-Pilot February 6, 2007. [1] (accessed 12 March 2007)
  3. TVGuidebInfo (accessed 30 March 2007)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:American Idol 6