Claude Auchinleck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fil Marsyal Sir Claude Auchinleck

Fil Marsyal Sir Claude John Eyre Auchinleck, GCB, GCIE, CSI, DSO, OBE (21 Jun 1884 – 23 Mac 1981), digelar "The Auk" ialah seorang komander kanan Tentera Darat British semasa Perang Dunia Kedua. Beliau seorang askar yang menghabiskan banyak masa perkhidmatannya di India di mana beliau mencapai puncak kerjaya sebagai Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief, C-in-C) Tentera Darat India British pada awal tahun 1941. Dalam bulan Julai 1941, beliau menjadi C-in-C kancah Timur Tengah akan tetapi selepas selepas kejayaan awal di Afrika Utara, arus perang tidak menyebelahi pihak British dan dalam tahun 1942, beliau ditarik keluar daripada jawatan semasa kempen Al-Alamain. Dalam bulan Jun 1943 beliau sekali lagi dilantik Penglima Tertinggi India di mana sokongan beliau melalui pengurusan bekalan, pembaikpulihan dan latihan untuk anggota-anggota Tentera Ke-14 pimpinan Jeneral Slim hmemainkan peranan yang amat tinggi dalam kejayaan yang diraih ketumbukan tersebut. Beliau terus berkhidmat sebagai C-in-C India sehinggalah saat Pembahagian India dalam tahun 1947; selepas peristiwa itu, beliau memainkan peranan sebagai Panglima Agung (Supreme Commander) angaktan tentera British di India dan Pakistan. Beliau bersara di United Kingdom, akan tetapi pada usia 84 tahun, beliau berhijrah ke Maghribi di mana beliau meninggal dunia pada usia 96 tahun.