Constance Haslam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Constance Haslam
Kelahiran
Constance Haslam Behr

1945 (1945)
Meninggal dunia3 Oktober 2022 (berumur 76–77)
Sebab kematianAneurisme otak
Nama lainConnie Haslam
PekerjaanPenyampai berita, juruhebah radio
Tahun aktif1963–2000
MajikanRadio Televisyen Malaysia (RTM)
PasanganErwin Behr
Anak-anak1

Constance Haslam Behr (1945 – 3 Oktober 2022) merupakan bekas penyampai berita dan juruhebah radio Malaysia yang berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama dua dekad.[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjayanya di RTM, Constance ialah antara pelopor dunia penyiaran dengan bakatnya sebagai pengacara, penyampai berita dan radio bagi saluran TV Bahasa Inggeris terbitan RTM dari era 1970-an hingga 1990-an.[1]

Beliau juga dikenali sebagai hos program Bakat TV pada era 1970-an dan menjadi antara penyampai berita wanita pertama stesen penyiaran milik kerajaan itu. Selepas meninggalkan RTM pada 1990, Constance menyertai Radio Redifussion selama dua tahun dalam bahagian perhubungan awam.[1] Constance juga pernah menemubual Gloria Estefan, Dionne Warwick, Jose Feliciano, Bjorn Borg, Bee Gees dan Omar Sharif.[3]

Dalam temubual yang diterbitkan dalam The Star pada tahun 2011, Constance dipetik sebagai berkata: "Bidang penyiaran pada zaman itu menarik. Saya sentiasa melihat radio lebih mencabar daripada TV kerana saya boleh meluahkan suara saya".[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara, Constance dan suaminya Erwin Behr berhijrah ke Singapura sebelum menetap di Perancis pada 2000 sehingga akhir hayatnya.[1][2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Constance meniggal dunia pada 3 Oktober 2022 pada usia 77 tahun di Versailles, Perancis.[5] Menurut maklumat diperoleh daripada Persatuan Veteran RTM (PVRTM), beliau mengalami keadaan dikenali sebagai aneurisme yang menyebabkan secara klinikal.[1] Beliau meninggalkan seorang anak lelaki dan cucu perempuan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Farihad Shalla Mahmud (3 Oktober 2022). "Ikon RTM, Constance Haslam meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2023.
  2. ^ a b c Omar Zin (3 Oktober 2022). "Penyampai radio popular 1970-an, Constance Haslam meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Januari 2023.
  3. ^ a b "Veteran RTM presenter Constance Haslam passes away" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 3 Oktober 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  4. ^ Mumtaj Begum (3 Oktober 2022). "Constance Haslam's cousin remembers the RTM presenter as upbeat, generous: 'Connie kept in touch with everybody'" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  5. ^ Dennis Chua (3 Oktober 2022). "#Showbiz: Veteran radio announcer Constance Haslam dies" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2023.