Curie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Curie (simbol Ci) adalah satu unit terdahulu bagi keradioaktifan, ditakrifkan sebagai 3.7×1010 pereputan per saat. Ini adalah secara kasarnya aktiviti 1 gram isotop radium 226Ra, satu bahan yang dikaji oleh pelopor-pelopor bidang radiologi, Marie dan Pierre Curie (unit ini dinamakan bersempena mereka[1][2]). Curie telah digantikan dengan satu unit terbitan SI, becquerel (Bq), yang bersamaan dengan satu pereputan per saat. Oleh itu secara tepatnya:

1 Ci = 3.7 × 1010 Bq = 37 GBq, dan sebaliknya 1 Bq ≅ 2.7027 × 10−11 Ci

Ia masih lagi digunakan kerajaan dan industri A.S., walaupun penggunaannya tidak lagi digalakkan oleh NIST.[3]

Satu unit berdasarkan curie yang agak lazim digunakan ialah mikrocurie:

1 μCi = 3.7 × 104 reputan sesaat = 2.22 × 106 reputan seminit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. curie - Britannica Online Encyclopedia
  2. Paul W. Frame. "How the Curie Came to Be". Diperoleh pada 2009-04-30. 
  3. NIST Special Publication 811, perenggan 5.2.