Becquerel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Becquerel (simbol Bq) adalah SI bagi keradioaktifan, ditakrifkan sebagai aktiviti sejumlah bahan radioaktif dalam mana satu nukleus mereput setiap saat. Oleh itu ia adalah bersamaan dengan s-1. Unit lebih tua bagi keradioaktifan adalah curie (Ci), ditakrifkan sebagai 3.7×1010 becquerels atau 37 GBq.

Dalam satu bahan radioaktif berjisim tetap, jumlah becquerels berubah dengan masa. Dalam sesetengah keadaan, jumlah bahan radioaktif adalah diberikan selepas perubahan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, seseorang mungkin memetik jumlah perubahan selepas sepuluh hari, iaitu, amaun keradioaktifan yang masih wujud selepas sepuluh hari. Ini mengurangkan penekanan terhadap isotop berhayat pendek.

Ia telah diputuskan, dalam SI, untuk menggunakan unit Becquerel berbanding dengan salingan saat untuk unit pengukuran aktiviti ini. Unit ini adalah diperkenalkan khususnya kerana bahaya terhadap kesihatan manusia yang mungkin akan timbul akibat kesilapan membabitkan penggunaan unit salingan saat, s-1. Menggunakan unit Becquerel, sesebuah sumber yang lebih aktif (maka sekiranya semua malar, adalah sumber yang lebih berbahaya) akan mempunyai angka yang lebih besar. Menggunakan 1/s atau s sebagai sesaat pula mungkin akan menjurus kepada kekeliruan.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

1 Bq = 1 s–1

Gandaan SI[sunting | sunting sumber]

  Gandaan   Nama   Simbol     Gandaan   Nama   Simbol  
100 becquerel Bq      
101 dekabecquerel   daBq   10–1 desibecquerel   dBq  
102   hektobecquerel   hBq 10–2 sentibecquerel cBq
103 kilobecquerel kBq 10–3 milibecquerel mBq
106 megabecquerel MBq 10–6 mikrobecquerel µBq
109 gigabecquerel GBq 10–9 nanobecquerel nBq
1012 terabecquerel TBq 10–12 pikobecquerel pBq
1015 petabecquerel PBq 10–15   femtobecquerel   fBq
1018 exabecquerel EBq 10–18 attobecquerel aBq
1021 zettabecquerel ZBq 10–21 zeptobecquerel zBq
1024 yottabecquerel YBq 10–24 yoktobecquerel yBq

Asal[sunting | sunting sumber]

Ia dinamakan sempena Henri Becquerel, yang berkongsi Hadiah Nobel bersama Marie Curie oleh kerana tugas mereka membabitkan penemuan keradioaktifan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]