Reputan radioaktif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Reputan radioaktif ialah proses yang melibatkan kehilangan tenaga nukleus atom yang tak stabil melalui pancaran zarah terion atau pancaran radiasi. Pancaran ini berlaku secara rawak, tanpa melibatkan pelanggaran dengan zarah-zarah lain. Pereputan ini, atau kehilangan tenaga, terjadi pada suatu atom yang dinamakan nuklid induk, lalu menghasilkan atom jenis lain yang dinamakan nuklid anak. Sebagai contoh, satu atom karbon-14 (atom induk) memancarkan sinaran (radiasi), lalu bertukar menjadi satu atom nitrogen-14 (atom anak). Pada peringkat keatoman, ini merupakan satu proses stokastik, iaitu menurut mekanik kuantum adalah mustahil untuk menjangka mana satu atom yang akan mereput pada suatu-suatu masa.[1] Akan tetapi jika atom yang sama terdapat dalam bilangan yang amat banyak, kadar pereputan boleh dijangka secara purata.

Unit SI untuk keaktifan ialah becquerel (Bq). Satu Bq ditakrifkan sebagai satu transformasi (atau pereputan) dalam setiap saat (per satu saat). Oleh sebab sampel bahan radiaoaktif dengan saiz yang munasabah biasanya melibatkan bilangan atom yang sangat banyak, satu Bq merupakan ukuran keaktifan yang amat kecil sekali. Bilangan dalam tertib GBq (gigabecquerel, 1 x 109 reputan per saat) atau TBq (terabecquerel, 1 x 1012 reputan per saat) lebih lazim digunakan. Satu lagi unit bagi keaktifan ialah curie, Ci, dan curie pada asalnya ditakrifkan sebagai jumlah radon-222 (yang terhasil daripada pemancaran radium) yang bersamaan dengan satu gram radium tulen berisotop Ra-226. Pada masa kini, takrifan ini adalah bersamaan dengan keaktifan mana-mana radionuklid yang mereput dengan kadar reputan 3.7 × 1010 Bq. Penggunaan Ci kurang digalakkan oleh komuniti SI.

simbol trefoil adalah digunakan untuk melambangkan bahan radioaktif. Pengekodan Unicode lambang ini adalah U+2622 (☢).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Decay and Half Life". http://www.iem-inc.com/prhlfr.html. Capaian 2009-12-14.