Daguerreotaip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
L’Atelier de l'artiste. Gambar daguerreotaip buatan Daguerre (1837).
Gerhana matahari 28 Julai 1851 menyumbangkan gambar foto gerhana matahari pertama yang didedahkan betul-betul dengan menggunakan proses daguerreotaip.

Daguerreotaip (Bahasa Perancis: daguerréotype) ialah sejenis teknik fotografi awal yang dibangunkan oleh Jacques Daguerre, yang mana imejnya didedahkan terus kepada permukaan perak tergilap cermin yang disaluti zarah-zarah halida perak yang disimpan oleh wap iodin. Lama-kelamaan, wap bromin dan klorin juga digunakan sebagai ganti iodin untuk mempercepatkan tempoh dedahan. Gambar daguerrotaip ini berimej negatif, tetapi permukaan bercermin pada plat logam tersebut memantulkan imej untuk menjadikannya seakan-akan positif apabila permukaan perak dipantulkan warna gelap padanya. Oleh itu, daguerreotaip ialah proses fotografi langsung yang tiada keupayaan berduplikasi.

Daguerreotaip ialah proses fotografi pertama yang dihebohkan kepada umum; walaupun berdepan dengan persaingan daripada proses-proses fotografi lain ketika itu, etika sains yang diterima pada zaman itu menyebelahi penemuan pertama yang diterbitkan dalam bahan bacaan. Kesemua proses fotografi terawal ini memakan masa lama untuk mendedahkan gambar dengan jayanya, oleh itu nyata sukar digunakan untuk tujuan seni potret. Daguerreotaip ini menjadi proses fotografi bernilai komersil pertama kerana menjadi yang pertama untuk merakam dan membaiki imej tetap dalam tempoh masa pendedahan yang serasi dengan fotografi potret, itupun selepas ditambah bahan-bahan pemeka (bromin dan klorin) dalam proses asal Daguerre.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]