Bromin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bromin
35Br
Cl

Br

I
seleniumBrominkripton
Rupa
Gas/Cecair: perang kemerahan
Pepejal: kilauan logam
Ciri-ciri am
Nama, simbol, nombor Bromin, Br, 35
Kategori logam diatom bukan logam
Kumpulan, kala, blok 17 (halogen), 4, p
Berat atom standard 79.904(1)
Konfigurasi elektron [Ar] 4s2 3d10 4p5
2, 8, 18, 7
Sejarah
Penemuan Antoine Jérôme Balard danLeopold Gmelin (1825)
Pengasingan pertama Antoine Jérôme Balard and Leopold Gmelin (1825)
Ciri-ciri fizikal
Fasa cecair
Kepadatan (hampir r.t.) (Br2, cecair) 3.1028 g·cm−3
Takat lebur 265.8 K, -7.2 °C, 19 °F
Takat didih 332.0 K, 58.8 °C, 137.8 °F
Titik tigaan 265.90 K (-7°C), 5.8[1] kPa
Titik genting 588 K, 10.34[1] MPa
Haba pelakuran (Br2) 10.571 kJ·mol−1
Haba pengewapan (Br2) 29.96 kJ·mol−1
Muatan haba molar (Br2)
75.69 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
at T (K) 185 201 220 244 276 332
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan 7, 5, 4, 3, 1, -1
(oksida asid kuat)
Keelektronegatifan 2.96 (Skala Pauling)
Tenaga-tenaga pengionan ke-1: 1139.9 kJ·mol−1
ke-2: 2103 kJ·mol−1
ke-3: 3470 kJ·mol−1
Jejari atom 120 pm
Jejari kovalen 120±3 pm
Jejari Van der Waals 185 pm
Lain-lain
Struktur kristal orthorhombik
Urutan magnet diamagnetik[2]
Kerintangan elektrik (20 °C) 7.8×1010Ω·m
Daya pengaliran terma 0.122 W·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (20°C) 206 m·s−1
Nombor pendaftaran CAS 7726-95-6
Isotop paling stabil
Rencana utama: Isotop Bromin
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
79Br 50.69% Br stabil dengan 44 neutron
81Br 49.31% Br stabil dengan 46 neutron
· r


Bromin merupakan salah satu unsur kimia kala 3 kumpulan VII (17) yang mempunyai simbol Br dan nombor atom 35. Sebagai salah satu unsur halogen, bromin tampil dalam warna perang kemerahan dan mudah meruap dalam suhu bilik piawai. Wap bromin bersifat toksik dan menghakis. Kira-kira 556,000 tan metrik bromin telah dihasilkan pada tahun 2007.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bromin telah ditemui secara berasingan oleh dua orang ahli kimia iaitu Antoine Balard dan Carl Jacob Löwig pada tahun 1825 dan 1826.

Balard menemukan garam bromida dalam sisa rumpai laut dari kawasan paya di Montpellier pada 1826. Rumpai laut tersebut pada asalnya digunakan untuk menghasilkan iodin, tetapi juga pada masa yang sama mengandungi bromin. Balard telah menyuling bromin tersebut dari larutan tepu sisa rumpai laut dengan klorin. Sifat bahan yang terhasil menunjukkan sifat di antara klorin dan iodin. Dengan keputusan yang diperolehi, dia telah cuba untuk membuktikan bahawa bahan tersebut ialah iodin monoklorida (ICl), tetapi setelah gagal membuktikannya dia yakin yang dia telah menemukan satu lagi unsur baru dan menamakannya ‘murid’, dari perkataan Latin ‘muria’ yang bermaksud air masin. Carl Jacob Löwig mengasingkan bromin dari mata air mineral di bandar kediamannya Bad Kreuznach pada tahun 1825. Löwig menggunakan satu larutan tepu garam mineral bersama klorin dan mengekstrak bromin tersebut dengan dietileter(diethylether). Selepas penyejatan eter tersebut, terdapat cecair perang tertinggal dalam bekas uji kajinya. Dengan menggunakan cecair ini sebagai sampel hasil kerjanya dia memohon jawatan di makmal Leopold Gmelin di Heidelberg. Penerbitan keputusan kajiannya adalah sedikit lambat berbanding Balard yang telah menerbitkan keputusannya terlebih dahulu.

Selepas ahli kimia Perancis Louis Nicolas Vauquelin, Louis Jacques Thénard, dan Joseph-Louis Gay-Lussac mengesahkan eksperimen oleh ahli farmasi muda,Balard, keputusannya telah dipersembahkan dalam satu kuliah di Académie des Sciences dan diterbitkan dalam Annales de Chimie et Physique. Dalam penerbitannya, Balard menyatakan bahawa dia telah mengubah nama bahan tersebut dari ‘murida’ kepada ‘brôme’ atas cadangan M. Anglada. Terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa ahli kimia dan ahli fizik Perancis Joseph-Louis Gay-Lussac telah mencadangkan nama ‘brôme’ berikutan sifat bau wap bahan tersebut. Bromin tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga tahun 1860.

Kegunaan komersial pertama bromin, selain diaplikasikan dalam sesetengah bidang perubatan, ialah untuk daguerreotype. Pada tahun 1840, kelebihan bromin yang lain telah ditemui , dimana bromin telah menggantikan wap iodin untuk menghasilkan lapisan sensitif cahaya argentum halida yang digunakan dalam daguerreotype. Kalium bromida dan natrium bromida telah digunakan sebagai antisawan(anticonvulsant) dan ubat pelali pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, sehingga ia digantikan dengan kloral hidrat dan kemudian barbiturat.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Secara umum[sunting | sunting sumber]

Bromin merupakan satu-satunya unsur bukan logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik, dan salah satu dari enam unsur dalam jadual berkala yang berada dalam keadaan cecair pada atau menghampiri suhu bilik. Takat lebur bromin ialah -7.2 °C dan takat didihnya pula ialah 58.8 °C. Ia wujud dalam bentuk molekul diatom,Br2. Ia juga bersifat tumpat, tidak tetap, berwarna perang kemerahan, dan meruap dengan mudahnya pada suhu dan tekanan bilik lalu menghasilkan wap merah (warnanya seakan-akan menyerupai nitrogen dioksida) yang mempunyai bau seakan-akan klorin. Bromin adalah halogen, yang kurang reaktif berbanding klorin tetapi lebih reaktif berbanding iodin. Bromin juga larut sedikit di dalam air, tetapi larut dengan baik di dalam karbon disulfida, alkohol alifatik(aliphatic alkohol) seperti methanol dan asid asetik. Ia mudah terikat dengan unsur-unsur lain dan memiliki kesan peluntur yang kuat. Bromin, sepertimana korin, juga digunakan dalam penyelenggaraan kolam renang. Sesetengah sebatian bromin telah ditaksirkan mempunyai potensi penyusutan lapisan ozon atau biopengumpulan dalam organisma hidup. Kesannya, banyak sebatian bromin yang digunakan dalam industri tidak lagi dihasilkan, dihadkan, atau dihentikan secara beransur-ansur. Protokol Montreal menetapkan sebahagian sebatian organobromin yang akan dihentikan secara beransur-ansur. Selain itu, bromin juga merupakan agen pengoksidaan yang kuat. Ia cepat bertindak balas dengan logam, terutamanya dengan kehadiran air, begitu juga dengan sebatian organik.

Isotop[sunting | sunting sumber]

Bromin mempunyai 2 isotop yang stabil: 79Br (50.69%) serta 81Br(49.31%) dan sekurang-kurangnya 23 radioisotop lain dipercayai wujud. Kebanyakan isotop bromin adalah produk pembelahan nukleus. Kesemua isotop radioaktif bromin secara relatif mempunyai jangka hayat yang pendek. Setengah hayat paling lama bagi bromin kurang neutron adalah (77Br) iaitu selama 2.376 hari, manakala setengah hayat paling lama bagi bromin kaya neutron(82Br) pula ialah selama 1.471 hari. Sebilangan isotop bromin mempamerkan isomer metastabil. 79Br stabil mempamerkan isomer radioaktif, dengan setengah hayat 4.86 saat.

Pengaplikasian[sunting | sunting sumber]

Pelbagai sebatian organobromin digunakan dalam industri. Sesetengahnya dihasilkan daripada bromin dan sebahagian yang lain dihasilkan daripada hidrogen bromida, yang diperolehi melalui pembakaran hidrogen dalam bromin. Salah satu sebatian organobromin yang dihasilkan secara besar-besaran ialah 1,2-Dibromoetana:

C2H4 + Br2 → CH2BrCH2Br

Pemadam api[sunting | sunting sumber]

(sila sunting bahagian ini)

Tambahan dalam gasolin[sunting | sunting sumber]

Etilena bromida ialah dahulunya bahan tambahan dalam gasolin yang mengandungi agen plumbum anti-hentaman enjin. Ia membersihkan enjin dari plumbum dengan cara membentuk plumbum bromida yang mudah meruap,yang dibebaskan dari enjin. Pada tahun 1966, 77% bromin telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai akibat pengaplikasian ini. Walau bagaimanapun, pengaplikasian ini telah menyusut sejak tahun 1970-an berikutan undang-undang pemeliharaan alam sekitar. Gas etilena bromida juga turut digunakan sebagai racun serangga, tetapi sekali lagi penggunaannya merosot berikutan daripada undang-undang tersebut.

Pestisid[sunting | sunting sumber]

Metil bromida pernah digunakan secara meluas sebagai pestisid atau racun serangga. Protokol Montreal terhadap Bahan-bahan yang Menghakis Ozon menetapkan jadual untuk penghentian secara beransur-ansur bagi bahan kimia yang menghakis lapisan ozon sehingga tahun 2005. Pada 1991, kira-kira 35,000 tan metrik bahan kimia tersebut telah digunakan untuk mengawal nematod, fungus, lalang dan makhluk perosak tanah.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

  • Bromida bagi kalsium, natrium dan zink merupakan antara jumlah terbesar dalam pasaran bromin. Garam-garam ini membentuk larutan tepu dalam air dan digunakan sebagai cecair penebukan(drilling fluids) atau kadang-kadang dipanggil ‘cecair pembersih air masin’.
  • Bromin juga digunakan dalam penghasilan minyak sayur berbromin, yang mana digunakan sebagai pengemulsi dalam bermacam-macam jenis minuman ringan berperisa buah sitrus (cth: Mountain Dew). Selepas pengenalannya pada tahun 1940-an, sebatian tersebut digunakan secara amat meluas sehinggakan UK dan AS telah mengehadkan penggunaannya pada pertengahan tahun 1970-an dan pengemulsi lain sebagai alternatif telah dibangunkan. Namun, sehingga 1997 di AS, minuman ringan yang mengandungi minyak sayur berbromin masih lagi wujud.
  • Sesetengah bahan pewarna, agrikimia, dan farmasi adalah sebatian bromin organik. 1-Bromo-3-kloropropana, 1-bromoetilbenzena, dan 1-bromoalkana dihasilkan melalui penambahan antimarkovnikov HBr kepada alkena. Etidium bromida, EtBr, digunapakai sebagai palit DNA(DNA stain) dalam gel elektroforesis.
  • Sebatian yang mempunyai indeks pantulan tinggi.
  • Sebatian penapisan air.
  • Kalium bromida digunakan dalam sesetengah pencuci gambar untuk menghalang pembentukan kabus(penurunan argentum yang tidak diingini).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Templat:RubberBible92nd
  2. Magnetic susceptibility of the elements and inorganic compounds, dalam Templat:RubberBible86th