Didier Drogba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Didier Drogba
Didier Drogba
Maklumat peribadi
Nama penuh Didier Yves Drogba Tébily
Tarikh lahir 11 Mac, 1978
Tempat lahir Abidjan, Ivory Coast
Tinggi 188 cm
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Chelsea F.C.
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1998-02
2002-03
2003-04
2004-
Le Mans
En Avant Guingamp
Olympique de Marseille
Chelsea
64 (12)
45 (20)
35 (18)
65 (27)
Pasukan kebangsaan
2002- Cote d'Ivoire 34 (24)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 18:05, 3 November 2006 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 21 Jun 2006

Didier Yves Drogba Tébily (lahir Mac 11, 1978 di Abidjan, Côte d'Ivoire) merupakan pemain bolasepak dari Côte d'Ivoire sekarang ini bermain untuk Chelsea F.C. bagi Liga Perdana Inggeris.


Kehidupan awal [sunting]

Dilahirkan di Abidjan, Didier Drogba menghabiskan masa kanak-kanaknya di Côte d'Ivoire, tempat asalnya, dan di Perancis, negara adopsinya. Dikenali sebagai 'Tito' oleh kawan-kawan dan keluarganya, Drogba meninggalkan negara asalnya ketika berumur lima tahun dan menuju ke Brest di Brittany, tempat tinggal bapa saudaranya, Michel Goba. Goba ialah seorang pemain bola sepak profesional. Drogba menghabiskan tiga tahun bersama-sama bapa saudaranya, dan tinggal di Brest, Angoulême, dan Dunkerque, sebelum pulang ke negara asalnya.

Selepas kemerosotan ekonomi, Drogba kembali untuk mendiami dengan bapa saudaranya di Dunkerque, walaupun beliau bergerak-gerak di seluruh Perancis sebagai seorang anak muda. Adalah semasa ini bahawa beliau mula main bola sepak. Pada tahun 1991, ibu bapanya juga ke Perancis, dan berpindah ke Vannes.

Drogba mengikat kontrak dengan Levallois F.C. ketika berumur lima belas tahun. Pada masa itu, beliau tinggal dengan sepupunya, Olivier Tebily, yang kini main untuk Bandaraya Birmingham. Drogba naik dari bawah di Levallois, dan main untuk kelab tersebut dalam pertandingan Ligue 2 ketika berumur 18 tahun

Anugerah [sunting]

Kelab

Pautan luar [sunting]