Domain peringkat tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Domain peringkat tinggi (TLD) ialah bahagian terakhir nama domain internet, iaitu huruf-huruf yang berikutan tanda titik terakhir dalam mana-mana satu nama domain. Umpamanya, dalam nama domain, www.nintendo.com , domain peringkat tinggi ialah com (atau COM) kerana nama domain tidak peka terhadap kes huruf.

Pihak Berkuasa Nombor Terumpuk Internet (IANA) kini mengelaskan domain-domain peringkat tinggi dalam tiga kumpulan:

Daftar lengkap untuk TLD yang wujud pada masa ini boleh didapati di senarai domain peringkat tinggi internet.

Pengantarabangsaan ccTLD[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2009, ICANN mengambil keputusan untuk menerima permohonan nama domain diantarabangsakan (IDN) peringkat tinggi dari wakil negara dan wilayah bermula pada November 2009. ccTLD IDN ini ialah nama domain yang dikodkan dalam Unicode sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan diwakili dalam aplikasi sebagai skrip khusus-bahasa atau abjad[1]

TLD sejarah[sunting | sunting sumber]

.nato ditambahkan pada lewat dekad 1980-an oleh NIC untuk penggunaan NATO yang pada masa itu berasa bahawa tiada sebarang TLD yang wujud dapat membayangkan tarafnya sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa. Bagaimanapun, tidak lama selepas penambahan itu, NIC mencipta TLD .int untuk penggunaan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan meyakinkan NATO untuk menggunakan nato.int sebagai ganti. Walaupun TLD nato tidak lagi digunakan, nama domain ini tidak dihapuskan sehingga Julai 1996.

TLD sejarah yang lain termasuk .cs untuk Czechoslovakia dan .zr untuk Zaire.

TLD simpanan[sunting | sunting sumber]

RFC 2606 menguntukkan empat nama domain peringkat tinggi yang berikut untuk berbagai-bagai kegunaan, dengan tujuan bahawa ini harus tidak dijadikan TLD yang benar dalam DNS sejagat:

  • example — diuntukkan bagi penggunaan dalam contoh
  • invalid — diuntukkan bagi penggunaan untuk menggantikan nama domain yang jelasnya tidak sah
  • localhost — diuntukkan bagi mengelakkan konflik dengan penggunaan localhost yang tradisional
  • test — diuntukkan bagi penggunaan dalam ujian

Punca DNS alternatif[sunting | sunting sumber]

Punca DNS alternatif mempunyai set TLD tersendiri. Sila lihat rencana Punca DNS alternatif untuk perincian. Kekadangnya, pemalam pelayar telah dibangunkan untuk membenarkan capaian kepada sebilangan set nama domain alternatif walaupun punca DNS yang biasa juga digunakan.

Domain pseudo[sunting | sunting sumber]

Pada satu ketika, Internet hanya merupakan salah satu daripada banyak rangkaian kawasan luas (WAN). Komputer-komputer yang tidak disambung kepada internet, tetapi disambung kepada rangkaian yang lain (umpamanya Bitnet, CSNET atau UUCP), secara amnya, dapat bertukar-tukar emel dengan Internet melalui get laluan emel. Ketika digunakan dalam Internet, alamat rangkaian-rangkaian ini sering menggunakan domain pseudo seperti bitnet, csnet and uucp; bagaimanapun, domain-domain pseudo ini bukannya domain peringkat tinggi yang benar dan tidak wujud dalam DNS.

Kebanyakan rangkaian ini telah lama tidak wujud, dan walaupun UUCP masih digunakan di sebilangan negara di mana infrastruktur Internet masih belum bertapak, negara-negara itu kemudian berubah kepada penggunaan nama-nama domain Internet dan oleh itu, domain pseudo kini merupakan satu peninggalan sejarah.

Rangkaian ketanpanamaan Tor mempunyai satu domain pseudo, onion, yang hanya dapat dicapai melalui klien Tor kerana domain itu menggunakan protokol Tor (Penghalaan Onion) untuk mencapai perkhidmatan tersirat supaya dapat melindungi ketanpanamaan domain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Internet Corporation For Assigned Names and Numbers (ICANN) (30 Oktober 2009). ICANN Bringing the Languages of the World to the Global Internet. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2009-10-30.
  • Addressing the World: National Identity and Internet Country Code Domains (Menuju kepada Dunia: Identiti Negara dan Domain Kod Negara Internet), disunting oleh Erica Schlesinger Wass (Rowman & Littlefield, 2003, ISBN 0-7425-2810-3) – memeriksa perhubungan antara budaya dengan ccTLD; juga boleh didapati dalam talian.
  • Ruling the Root (Memutuskan Punca) oleh Milton Mueller (Percetakan MIT, 2001, ISBN 0-262-13412-8) – membincangkan TLD dan dasar nama domain dengan lebih meluas; juga boleh didapati dalam talian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]