Halkum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halkum
Pandangan depan leher.
Satu contoh halkum lelaki.
Butiran
Pendahulu4th and 6th branchial arch
Pengenalpastian
nama bahasa Latinprominentia laryngea
TAA06.2.02.003
FMAFMA:55304
Terminologi anatomi

Halkum atau jakum merupakan bonjolan pada leher yang terbentuk pada sudut rawan tiroid mengelilingi tekak.

Perbezaan jantina[sunting | sunting sumber]

Halkum lebih banyak terdapat pada lelaki dewasa daripada wanita dan kanak-kanak. Pertumbuhan tekak semasa akil baligh barulah yang menyebabkan ketidakstabilan vokal di kalangan lelaki remaja, bukannya halkum. Halkum hanyalah penonjolan pada rawan tiroid membentuk tekak. Sesetengah orang berpendapat bahawa alasan halkum lebih biasa di kalangan lelaki ialah kedua-dua lamina rawan tiroid yang membentuk halkum ini terbentuk sudut 90° di kalangan lelaki tetapi sudut ini biasanya 120° di kalangan perempuan. Walau bagaimanapun teori ini menjadi dugaan apabila fakta diambil kira bahawa kebanyakan wanita dengan halkum yang besar dilihat tiada bezanya dengan lelaki.

Secara umum, kelaziman halkum dikira sebagai ciri-ciri jantina sekunder lelaki, walaupun ini lebihnya suatu persepsi daripada apa-apa yang merujuk kepada fakta sains, kerana bukan semua lelaki mempunyai halkum yang besar dan terdapat sedikit wanita yang ada.

Pembedahan[sunting | sunting sumber]

Halkum boleh menjadi lebih menonjol daripada yang diingini, dan kadangkala ini diatasi dengan kondrolaringoplasti (chondroplasti tiroid), sejenis pembedahan plastik untuk mengecilkan halkum. [1] Pembedahan ini bukannya tanpa risiko kerana boleh menjejaskan suara dan menyebabkan kerosakan kekal serta meninggalkan parut yang jelas. Pembedahan ini boleh menjadi sebahagian daripada terapi penentuan semula jantina untuk transeksual lelaki-kepada-perempuan (transwanita).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wolfort FG, Dejerine ES, Ramos DJ, Parry RG (1990). "Chondrolaryngoplasty for appearance". Plast. Reconstr. Surg. 86 (3): 464–9, discussion 470. PMID 2385664.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Neumann K, Welzel C, Berghaus A (2003). "[Operative voice pitch raising in male-to-female transsexuals. A survey of our technique and results]". HNO (dalam bahasa German). 51 (1): 30–7. doi:10.1007/s00106-002-0654-4. PMID 12557095.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]