Pergelangan tangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sendi pergelangan tangan
Hand parts.jpg
Tangan manusia yang dilabelkan pergelangannya di sebelah kiri.
Latin articulatio radiocarpea
Ruj. Gray subject #86 327
MeSH Wrist+joint

Dalam anatomi manusia, pergelangan tangan ditakrifkan sebagai 1) karpus atau tulang karpus, iaitu kompleks lapan tulang yang membentuk segmen rangka proksimal pada tangan;[1][2] (2) sendi pergelangan tangan atau sendi radiokarpus, iaitu sendi di antara radius dan karpus;[2] dan (3) bahagian anatomi yang melingkungi karpus, termasuk bahagian distal tulang lengan bawah dan bahagian proksimal metakarpus atau lima tulang metakarpus dan rangkaian sendi di antara tulang-tulang ini, maka bergelarnya sendi pergelangan tangan.[3][4] Anggota ini juga merangkumi terowong karpus, kotak sedut anatomikal, fleksor retinakulum, dan ekstensor retinakulum.

Sebagai kesan daripada pelbagai takrifan ini, keretakan pada tulang karpus dipanggil keretakan karpus, sementara keretakan seperti keretakan radius distal dikira sebagai keretakan pergelangan tangan.[5]


Anatomi[sunting | sunting sumber]

Aspek-aspek posterior dan anterior pergelangan tangan kanan manusia Aspek-aspek posterior dan anterior pergelangan tangan kanan manusia
Aspek-aspek posterior dan anterior pergelangan tangan kanan manusia
Ligamen pergelangan tangan. Pandangan posterior dan anterior Ligamen pergelangan tangan. Pandangan posterior dan anterior
Ligamen pergelangan tangan. Pandangan posterior dan anterior

Persendian[sunting | sunting sumber]

Sendi-sendi radiokarpus, interkarpus, midkarpus, karpometakarpus, dan intermetakarpus sering saling berhubung melalui satu rongga sinovial terkongsi. [6]

Mikroradiografi tangan embrio manusia 8 minggu

Tangan ekstrinsik[sunting | sunting sumber]

Sendi radioulna distal adalah sendi pangsi yang terletak di antara tulang-tulang lengan bawah, radius dan ulna. Terbentuk oleh hulu ulna dan takuk ulna radius, sendi ini terpisah dari sendi radiokarpus oleh sekeping cakera artikular yang terletak di antara radius dan proses stiloid ulna. Kapsul sendi ini longgar dan menjangkau dari reses saksiform inferior kepada syaf ulna. Bersama dengan sendi radioulna proksimal, sendi radioulna distal memboilehkan pronasi dan supinasi.[7]

Sendi radiokarpus atau sendi pergelangan tangan radiocarpal joint merupakan sendi elipsoid yang terbentuk oleh radius dan cakera atikular secara proksimal, dan baris proksimal tulang karpus secara distal. Tulang karpal pada sebelah ulna hanya melakukan sentuhan berjeda dengan sebelah proksimale — trikuetrum hanya bersentuhan ketika abduksi ulna. Kapsul yang kendur dan tidak bercabang itu nipis di sebelah dorsal dan mungkin mengandungi lipatan sinovial. Kapsul itu selanjar dengan sendi midkarpus dan dikuatkan oleh berbilang ligamen, termasuklah ligamen radiokarpus palma dan dorsal, dan ligamen kolateral ulna dan radius. [8]

Tulang karpus tangan:
Proksimal: A=Skafoid, B=Lunat, C=Trikuetrum, D=Pisiform
Distal: E=Trapezium, F=Trapezoid, G=Kapitat, H=Hamat

Di dalam tangan, sejumlah 13 batang tulang membentuk pergelangan, iaitu lapan batang tulang karpusskafoid, lunat, trikuetrum, pisiform, trapezium, trapezoid, kapitat, dan hamat— dan lima tulang metakarpus—iaitu yang pertama, kedua, ketiga, keempat, dan kelima.[9]

Sendi midkarpus adalah ruang sendi berbentuk S yang memisahkan baris tulang karpus proksimal dan distal. Sendi-sendi interkarpus di antara tulang-tulang setiap baris, dikuatkan oleh ligamen karpus radius dan pisohamat serta ligamen palma, interos, dan dorsal. Mungkin terdapat suatu takat kebolehgerakan sesama tulang-tulang di baris proksimal sementara tulang-tulang baris distal bersambung sesama sendiri dan dengan tulang metakarpus —di sendi karpometakarpus— oleh ligamen-ligamen kuat —ligamen pisometakarpus, karpometakarpus palma and dorsal— yang membentuk satu entiti berfungsi daripada tulang-tulang ini. Di samping itu, sendi-sendi di antara asas-asas tulang metakarpus, iaitu persendian intermetakarpus, dikuatkan oleh ligamen intermetakarpus dorsal, interos, dan palma. [8]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Behnke 2006, p. 76. "The wrist contains eight bones, roughly aligned in two rows, known as the carpal bones."
  2. 2.0 2.1 Moore 2006, p. 485. "The wrist (carpus), the proximal segment of the hand, is a complex of eight carpal bones. The carpus articulates proximally with the forearm at the wrist joint and distally with the five metacarpals. The joints formed by the carpus include the wrist (radiocarpal joint), intercarpal, carpometacarpal and intermetacarpal joints. Augmenting movement at the wrist joint, the rows of carpals glide on each other [...] "
  3. Behnke 2006, p. 77. "With the large number of bones composing the wrist (ulna, radius, eight carpas, and five metacarpals), it makes sense that there are many, many joints that make up the structure known as the wrist."
  4. Baratz 1999, p. 391. "The wrist joint is composed of not only the radiocarpal and distal radioulnar joints but also the intercarpal articulations."
  5. "Fractures, Wrist". eMedicine, Medscape. Diperolehi pada Ogos 2009. "Fractures of the distal radius, ulna, or both account for approximately three quarters of bony injuries of the wrist." 
  6. Isenberg 2004, p. 87
  7. Platzer 2004, p. 122
  8. 8.0 8.1 Platzer 2004, p. 130
  9. Platzer 2004, pp. 126–129

Rujukan[sunting | sunting sumber]